KUALA LUMPUR, 14 Oktober 2024 – Majlis Anugerah The Knights 2024 Musim 3 – Edisi Global yang gilang gemilang telah berlangsung di Dewan Filharmonik PETRONAS, KLCC semalam . Majlis yang julung kali diadakan ini diasaskan oleh usahawan berwawasan jauh Dr. Zyro Wong dan dengan bangganya dibawakan oleh Mee Hiris China Muslim. 

Anugerah Knights Musim 3 disokong oleh Pusat Inovasi Belia Komanwel, yang terdiri daripada 56 negara anggota, Penasihat Kehormat: Y.M. Tengku Dato’ Dr Hishammuddin Zaizi Bin Y.A.M. Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj – Pengarah Kumpulan iKhasas, Penasihat Khas: Tan Sri Dato’ Sri Ong Tee Keat – Presiden Pengasas Dewan Perniagaan Laluan Sutera Malaysia-China, Duli Yang Teramat Mulia Putera Norodom Naravong dari Kerajaan Kemboja, Jeneral Surapon Tapananont -Jeneral Tentera Diraja Thai, Rizal Nainy – Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia. Ahli Majlis Knights dari Wilayah Kesatuan Eropah – Juan Jose Delgado; Ahli Majlis Knights dari Hong Kong, Kelvin Chan dan ramai lagi pemimpin industri terkemuka yang berperanan sebagai ahli Majlis Knights dan rakan kongsi strategik.

Majlis Anugerah ini merupakan acara yang mengujakan kerana melibatkan ramai tokoh berprestij, ikon perniagaan, selebriti tempatan dan antarabangsa serta organisasi yang mantap dan unggul. Kehadiran  lebih 30% pemenang anugerah tahun ini terdiri daripada bakat antarabangsa mendampakkan impak global dan capaian Anugerah  Knights. Antara pemenang antarabangsa ialah Daniel Powter: penyanyi terkenal Hollywood bagi lagu hit “Bad Day,” yang telah mengumpulkan lebih 600 juta pendengar di Spotify . Beliau berjaya menjual lebih 25 juta album selepas ia  diterbitkan oleh Warner Bros. Records. Beliau akan membuat kemunculan sulungnya di Malaysia sebagai penghibur jemputan dan juga penerima Anugerah The Knights Musim 3.

Anugerah Knights 2024 Musim 3 – Edisi Global mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada 44 personaliti dan syarikat yang cemerlang daripada pelbagai industri .Terdapat tiga kategori anugerah, setiap kategori anugerah adalah unik untuk pencapaian luar biasa dalam bidang kepakaran masing-masing.

Anugerah Duke ialah anugerah yang mengiktiraf kecemerlangan dan kepimpinan unggul penerimanya.. Penerima anugerah ini tiada duanya dalam bidang masing-masing kerana mereka  menerajui kejayaan revolusi. 

Antara pemenang individu bagi Kategori Duke termasuk; Daniel Powter, Penyanyi Antarabangsa (Amerika Utara); Dr Yusuf Bhai, Pereka Pewangi Lagenda Sepanjang Zaman (UAE); Dato’ Sri Bernard Chandran, Ikon Fesyen ternama; Felix Demin, usahawan paling inspirasi tahun Ini dan Law Lan, Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Wanita Ikonik Timur (Hong Kong)

Senarai penerima Kategori Duke untuk sektor Korporat termasuk: ASTRO, Rangkaian Media unggul sepanjang zaman; Hainan Longpan Oilfield Technology, Teknologi Medan Minyak Luar Pesisir Cemerlang (China); Welcome2Print Sdn Bhd, Syarikat Percetakan ESG Terbaik tahun Ini; KL Tower, Mercu Ikonik Telekomunikasi tahun ini dan TIGROX TIGER MILK KING, makanan formula kesihatan terbaik untuk kesihatan paru-paru tahun ini.

Kategori Earl mengiktiraf sumbangan signifikan seseorang yang mengatasi semua piawaian kerja. Senarai penerima Anugerah Kategori Earl untuk pencapaian peribadi telah disampaikan kepada Lara Maigue dari Filipina, Albert Nicomedes, Goh Liu Ying, Kien Lim, (Dr) Eric Ang, Master Suyen Lim, Profesor Dr Tan Yen Wooi, Dato Vincent Nee, Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin, Enkh-Erdene Otgonbaatar dari Mongolia, Philip Keung dari Hong Kong dan Putri Ariani dari Indonesia.

Pemenang korporat termasuk; Nicol David Organization (NDO), Marq Academy, TY & TWC Roller Shutter Sdn Bhd, Juss, Cubebee Design Sdn Bhd, Naqiz & Partners, Mee Hiris China Muslim, Bear Boss Buddies, Chamrun AI Australia, Bingxue, Trendy Bakery & Confectionery (M ) Sdn Bhd, KL Hop On Hop Off dan LJACK (M) SDN BHD.

Akhir sekali, Anugerah Kategori Baron mengiktiraf perintis industri. Penerima memiliki  semangat dan bakat luar biasa dan mereka merupakan pencetus inovasi yang mengubah landskap perniagaan terkini.

Kategori Baron untuk individu Peribadi termasuk; Syed Farouq, Fatemeh Shadmanizadeh dari Iran dan Peter Rosalita dari Abu Dhabi. Bagi kategori Korporat, penerimanya termasuk The Joi dari Thailand, Xiins Aesthetic, Lesung Saigon dari Vietnam, Ninja Private Kitchen, Rich Talents International College dan ICHI YAMA TAKA KABUSHIKI dari Jepun

Anugerah Knights bukan sekadar anugerah popular semata-mata , ia adalah pencetus industri yang bertujuan untuk memperkasakan pemenang melalui pelbagai usaha sinergi dan saluran seperti pemadanan perniagaan, platform rangkaian elit, transformasi perniagaan, lawatan korporat dan juga menggalakkan semangat persahabatan dan perkembangan bersama  dalam kalangan pemenang itu sendiri.

Anugerah Knights berdiri sebagai ikon dan mercu pengupayaan serta pengikhtiraf pencapaian terbaik dan cemerlang individu dan syarikat dari seluruh dunia. Dengan kejayaan dan pengembangan platform yang berterusan, Anugerah Knights dengan bangganya menyumbang kepada kebangkitan Malaysia sebagai pusat keusahawanan dan inovasi, memupuk kerjasama rentas industri dan merentas sempadan dengan tagline “Bersatu, Membangun & Mekar”.

Anugerah Knights 2024 Musim 3 – Edisi Global yang dibawakan oleh Mee Hiris China Muslim menjadi bukti kepada semangat keusahawanan yang berpanjangan dan kemungkinan tanpa had bagi individu berimpian tinggi  . Melangkah ke hadapan, Majlis Anugerah Knights terus bersedia untuk mengiktiraf pencapaian luar biasa dan perkembangan berterusan penerima Anugerah Knights dari seluruh dunia.

Previous post A Million Voice: Pencarian Ikon Muzik baharu Malaysia tawar hadiah bernilai RM1 juta
Next post Siaran penuh Pembentangan Belanjawan2025