KUALA LUMPUR, 25 November 2021 – Mercato Great Eastern Mall telah membuka pintunya dengan pengalaman memanjakan yang serba baharu untuk pelanggan. Terletak secara strategik di sekitar kedutaan asing, Mercato bersedia untuk melayani pelanggan dengan beribu-ribu produk tempatan dan antarabangsa yang sangat digemari ramai.

Pengarah Operasi Kedai, Malaysia dan Singapura, Mark Scates berkata, “Mercato amat percaya dalam membawa kualiti, nilai, perkhidmatan dan kemudahan kepada pelanggan kami, dan kami teruja untuk melanjutkan komitmen ini kepada pelanggan kami dengan pembukaan Mercato Great Eastern Mall. Di sini, pelanggan boleh menantikan pengalaman membeli-belah dan perkhidmatan tahap baharu yang hebat daripada ahli pasukan kami!”

Pengarah Operasi Kedai, Mark Scates melakukan lawatan bersama media ketika pembukaan pasar raya Mercato di Great Eastern Mall, Jalan Ampang

Produk dan Tawaran Baru

Mercato Great Eastern Mall membawa masuk beribu-ribu produk baharu untuk mengujakan dan menggembirakan pelanggan dengan rangkaian pilihan unik dan antarabangsa yang lebih luas daripada kedai roti hinggalah barangan am. Daripada pilihan baharu kedai roti segar, Piza Hawaii, Akarumi Asian Roast kepada pilihan Jus Segar dan Aiskrim untuk dinikmati pelanggan.

Dengan rakyat Malaysia menjadi lebih mementingkan kesihatan dengan tabiat pemakanan mereka, Mercato akan bekerjasama dengan rangkaian makanan sihat Rawsome pada Bar Salad Do-It-Yourself dengan kesegaran yang lebih baik dan pilihan yang lebih sihat. Selain itu, Mercato juga akan memperkenalkan mesin pemanggang kacang dan minuman kesihatan baharu – Kombocha-Keju.

Suasa Kedai (Outlet)

Mercato Great Eastern Mall menampilkan suasana baharu yang segar dengan hiasan yang menarik dan lorong yang luas. Pembeli dijanjikan rangkaian makanan istimewa yang mencabar dan luar biasa di sepanjang lorong yang baru dipilih susun, menjadikan perjalanan membeli-belah biasa menjadi perjalanan gourmet yang unik.

Mr Scates meneruskan, “Kami sentiasa mendengar dengan teliti keperluan pelanggan kami untuk lebih banyak produk import, dipilih susun serta pengalaman premium, dan meningkatkan dengan pembukaan Mercato Great Eastern Mall.”

Kami benar-benar berterima kasih kepada pelanggan kami kerana membenarkan kami berkhidmat kepada masyarakat. Tiada satu pun pencapaian kami akan dapat dicapai tanpa sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi.”

Untuk meraikan pembukaan Mercato Great Eastern Mall, pelanggan boleh menikmati promosi instore eksklusif di kedai dan 1000 pelanggan pertama akan membawa pulang beg jut boleh guna semula Eksklusif Mercato dengan pembelian minimum RM100 dalam satu (1) resit. Untuk promosi yang lebih segar dan menarik, sila layari Mercato Malaysia Facebook page DI: www.facebook.com/MercatoMalaysia .

Previous post Konsert Mentari Muncul Lagi 2022 Bakal Hiburkan Peminat Yang Merindui Kemunculan Slam
Next post Album Konsert Exists Reunion Live Buat Peminat Setia Exist!