NAMA Helmi Gimmick memang tidak asing lagi di dalam industri seni dan hiburan tanah air walau pun penampilannya di pentas hiburan terkini sudah berkurangan berbanding zaman kegemilangannya pada awal 80an.

Terkenal sebagai pelakon filem Mr Cinderella, MX3 dan Janji Diana di samping sebagai penyanyi Malaysia menerusi kumpulan muziknya sendiri, Helmi & The Gimmick, pemilik nama sebenar Helmi Harun, 62, ini bagaimana pun tidak tenggelam di sisi masyarakat.

Bekas pengacara rancangan kuiz Famili Ceria siaran NTV7 dan juruhebah radio Astro, Time Highway Radio (THR) ini bijak memilih kerjaya yang lebih menjamin masa depannya dengan menceburi bidang perniagaan.

Di bawah syarikat pengurusannya, Helmi Resource Sdn Bhd, beliau menjalankan perniagaan dalam bidang pengurusan acara, ‘Event Entertainment’, latihan keusahawanan dan jualan berasaskan rangkaian (networking).

Sesudah 30 tahun mengharungi onak duri dalam bidang seni, beliau menerima Anugerah Doktor Kehormat Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Sabi yang berpengkalan di Perancis.

Anugerah yang membawa gelaran Doktor Terhomat itu diterima atas dasar reputasinya di dalam bidang seni serta keterlibatan menjadi ‘speaker’ di dalam industri jualan langsung. Beliau juga pernah menjadi fasilitator Komunikasi Awam (public speaking) di beberapa universiti tempatan selain sering diundang menjadi motivator di pelbagai agensi kerajaan mahupun swasta.

Meskipun usia Helmi kini sudah melewati 60-an, itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus aktif dalam bidang perniagaan.

Buktinya, beliau tampil dalam program khas ‘Sharing Helmi Gimmick’ yang diadakan baharu-baharu ini di Dewan Helmi Gimmick, Gombak, Selangor.

Program santai yang diisi dengan bicara kesihatan serta taklimat peluang perniagaan itu secara tidak langsung memperlihatkan beliau kembali aktif memasarkan produk makanan kesihatan keluaran syarikat Vearich International Sdn Bhd.

“Saya tengok produk Vearich ni mudah, sesuai untuk semua peringkat golongan, harganya orang mampu beli jadi senang nak jual,” katanya ketika ditemubual suksesnews.com selepas program berkenaan.

Helmi menjelaskan, antara sebab beliau menyertai Vearich International pada Julai lalu adalah kerana keyakinannya dengan pihak pengurusan serta hala tuju syarikat berkenaan.

“Sebelum kita nak ‘joint’ sesuatu perniagaan, kita kena lihat dulu apa hala tuju syarikat berkenaan. Sebab itu bukan mudah untuk saya terima sesebuah syarikat.

“Kalau kita ‘joint’ syarikat yang tak nampak hala tujunya, bisnes tidak boleh pergi jauh. Saya sudah lalui perkara ini. Ada pengalaman menyertai pelbagai syarikat. Justeru saya sangat berhati-hati dalam memilih sesebuah syarikat,” tegas beliau.

Selain itu, tegasnya lagi, kesediaan pihak pengurusan syarikat bekerjasama dengan pemimpin perniagaan juga sangat penting untuk membolehkan sesuatu perniagaan berjalan dengan lancar.

“Jadi saya nak buat perniagaan bersungguh-sungguh, syarikat kena sepuluh kali bersungguh-sungguh sebab yang menggerakkan perniagaan siang dan malam adalah ahli-ahli.

“Apabila saya jumpa syarikat Vearich, langkah pertama sebelum buat keputusan nak buat bisnes, saya mintak nak pergi tengok kilang dulu. Alhamdulillah, pihak syarikat beri kerjasama sepenuhnya.

“Kenapa saya nak tengok kilang dulu? Sebab saya nak tengok depan mata betul ke syarikat ini ada kilang sendiri. Pengalaman buat bisnes sebelum ini bila jual produk, orang tanya saya di mana kilangnya? Saya tak boleh jawab, jadi orang ragu-ragu nak beli produk dan nak ‘joint’ bisnes.

“Alhamdulillah, Vearich saya dapat tengok kilang dan siapa pemiliknya. Jumpa ‘face to face’ dengan CEO, berbual, bertanya dan berbincang, maka datang keyakinan kepada saya. Apabila sudah yakin, baru buat keputusan nak sertai Vearich,” katanya.

Jana Pendapatan

Vearich International yang popular dengan produk Agarbomb memberi peluang kepada masyarakat yang ingin menjana pendapatan dengan menjadi usahawan Vearich.

“Saya mencari sesiapa sahaja yang berminat nak jadi usahawan dengan menyertai Vearich sebagai ‘partner’ bisnes. Dengan modal RM210 sahaja sudah boleh mula jalankan perniagaan ini.

“Hari ini nak buat bisnes dah mudah, tak macam dulu nak jumpa seorang-seorang. Sekarang ada Tiktok, Facebook, Instagram, Youtube dan macam-macam lagi medium media sosial. Gunakan kemudahan platform digital ini untuk jana pendapatan,” ujar Helmi.

Latihan dan bimbingan

Menyentuh tentang strategi bagi membantu rakan-rakan niaga, langkah pertama yang beliau lakukan adalah dengan mewujudkan centre ataupun tempat untuk melatih dan membimbing rakan niaga.

“Dalam perniagaan ‘networking’, anda tak bimbing orang, mereka tak tahu apa nak buat selepas jadi ahli. Jadi kena buat banyak latihan dan kursus. Kita beri latihan dari segi pengetahuan produk, latihan macam mana nak terangkan pelan pemasaran dan latih rakan niaga menjadi ‘leader’.

“Pengalaman saya sebagai pengacara, saya akan latih rakan niaga macam mana cara berkomunikasi. Sebenarnya orang bukan tak pandai nak cakap tetapi tidak tahu apa perkara yang perlu disampaikan melalui percakapan. Ini perlukan bimbingan dan latihan. Itu sebab saya wujudkan ‘centre’.

“Apabila ada ‘centre’, kita boleh wujudkan akademik khusus untuk melatih usahawan-usahawan ‘networking’ dengan ilmu perniagaan yang betul, bukan ‘joint’ perniagaan main hentam kromo sahaja,” jelas beliau.

Di samping itu, Helmi juga bakal mewujudkan Channel khusus bagi membolehkan ahli-ahli berinteraksi 24 jam. Ini sebagai platform alternatif kepada ahli-ahli yang tidak dapat hadir ke ‘centre.

“Mereka juga boleh belajar melalui channel, tak dapat datang pun tak apa. Duduk rumah, buka henpon dan masuk kelas online, boleh belajar tentang produk, pemasaran atau apa sahaja kursus yang kita buat,” jelas beliau lagi.

Kempen Kesihatan

Helmi turut mempunyai rancangan menganjurkan beberapa aktviti untuk membantu rakan niaga mengembangkan perniagaan.

“Saya bagi idea kepada semua rakan niaga, kita buat program berbentuk Kempen Kesihatan bagi membuka minda masyarakat tentang keperluan menjaga kesihatan.

“Semua orang suka kesihatan, tak ada orang yang tak suka jaga kesihatan. Justeru, kita pergi ke daerah-daerah, masuk ke kampung-kampung dan buat ceramah kesihatan di seluruh pelusuk negara. Ini langkah saya yang akan datang,” jelasnya menutup bicara.

Bagi sesiapa yang berminat menjadi usahawan Vearich boleh hubungi beliau di nombor 017-6769897 atau tekan link di sini.

Program ‘Sharing Helmi Gimmick’ turut dihadiri artis-artis veteran. 40 kotak produk Agarboom berjaya disambar orang!

 

 

 

 

Previous post Satelit pertama buatan Malaysia dilancar ke angkasa
Next post Syarikat tempatan jana RM10 juta potensi jualan di pasaran Asia Barat