Seremban, 6 Mei 2021 – Bagi umat Islam di seluruh dunia, bulan Ramadan adalah masa untuk
meningkatkan penghayatan ibadah mereka dengan mendirikan solat, bersedekah, berbuat baik
sesama manusia di samping meluangkan masa dengan keluarga dan rakan. Walau bagaimanapun,
terdapat sesetengah golongan yang mengalami kesusahan di bulan yang mulia ini. Sehubungan
dengan itu, IJM Land Seremban 2 telah menghulurkan bantuan untuk membantu keluarga Muslim
yang kekurangan dan berjuang untuk memenuhi keperluan harian agar mereka dapat menjalani
ibadah puasa dan meraikan Hari Raya Aidilfitri yang baik melalui inisitatif tahunan mereka iaitu
‘Program Mesra Ramadan’.
Melalui program ini, IJM Land mengenal pasti tiga buah keluarga yang kurang bernasib baik di
Seremban yang amat memerlukan bantuan and penyumbangan keperluan asas bernilai RM700
termasuk barangan runcit seperti beras, minyak masak, biskut raya, mi dan duit raya berjumlah
RM800 untuk meringankan beban mereka. IJM Land berharap agar sumbangan ini membolehkan
mereka menyambut perayaan Aidilfitri dengan lebih mesra dan bermakna.
Dato’ Hoo Kim See, Pengurus Besar Kanan IJM Land Berhad berkata bahawa sumbangan ini mampu
memberi kesan positif dan membawa lebih banyak kegembiraan kepada keluarga terutamanya
ketika perayaan Aidilfitri hampir tiba. Ini merupakan masa yang terbaik untuk memupuk nilai murni
sesama kita sempena bulan yang penuh berkat ini.
“Menjelang bulan Ramadan yang mulia, keluarga yang kurang mampu amat bergantung pada
sumbangan dan bantuan makanan untuk menjalani kehidupan seharian mereka. Dengan pandemik
yang berterusan ini, kami ingin kekal berhubung bersama komuniti untuk memastikan mereka
bahawa kami berada di sisi untuk membantu serta meningkatkan semangat mereka dalam masa
kesusahan ini,” kata Dato’ Hoo.

Penerima bantuan ‘Program Mesra Ramadan’ terdiri daripada Encik Samsul Kamarudin, seorang
pengawal keselamatan yang berusia 44 tahun. Beliau mengalami penyakit berisiko iaitu diabetes,
asma dan tekanan darah tinggi. Encik Samsul bersama isterinya, Puan Salina binti Abu Bakar, seorang
suri rumah berusia 40 tahun, perlu menanggung anak kembar mereka yang menghidap penyakit
Cerebral Palsy. Mereka juga merupakan penerima bantuan ‘Program Rehabilitasi IJM Land’ pada tahun 2019.
Selain itu, IJM Land juga membantu Encik Erowan bin Mohd Noor, 47 tahun, yang mengalami perbezaan struktur badan. Beliau bergantung pada gaji rendah dan bantuan kewangan untuk menyara isterinya Puan Noorraini binti Yahya, 42 tahun, pesakit strok dan tiga orang anaknya yang masih kecil. Penerima yang ketiga adalah Puan Nurul Huda binti Abdul Azis, seorang ibu tunggal berusia 36 tahun yang mengalami masalah kewangan dan bekerja sambilan untuk menyara dua orang anaknya yang bersekolah.

Selain daripada bantuan kewangan, barangan runcit dan barangan persediaan untuk perayaan yang
diedarkan, Dato’ Hoo juga memperuntukkan barangan keperluan sejak pandemik seperti pelitup
muka dan sanitasi tangan untuk mengurangkan ketegangan kewangan mereka.
“Dengan ketidakpastian akibat pandemik yang masih berterusan, ia sungguh menyedihkan apabila
kami melihat keluarga yang menghadapi kesusahan untuk menyara hidup mereka. Tambahan pula
mereka perlu menanggung kos lebihan akibat Prosedur Operasi Standard (SOP) yang perlu dan
terpaksa dipatuhi ketika berada dalam khalayak ramai. Oleh itu, kami percaya bahawa sumbangan
ini mampu menolong mereka pada masa yang mencabar ini, dan kami komited untuk menghulurkan
bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik untuk hidup dengan lebih selesa dan membawa
impak positif kepada ahli keluarga mereka.

“Kami berasa gembira mempunyai keistimewaan ini untuk membantu memperbaiki kehidupan
golongan miskin dan kami berharap untuk meneruskan usaha ini demi manfaat masyarakat melalui
sedikit sumbangan kepada mereka yang memerlukan,” kata Dato’ Hoo.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai inisiatif ini, sila layari http://seremban2.ijmland.com/.