03 Julai 2022 (Sabtu) – Kuala Lumpur

Kiswah Zainab Sdn Bhd dengan kerjasama Masjid At Taqwa Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur telah berjaya mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah di Masjid At Taqwa Tmn Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Peserta bergambar bersama penceramah jemputan dan pengarah Kiswah Zainab Sdn Bhd

Kursus ini telah berlangsung dengan jayanya bermula 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Seramai hampir 120 orang peserta yang terdiri daripada ahli kariah masjid, dan ada yang hadir dari Sepang, Ampang, Shah Alam, Kajang, Klang, Bukit Jali, Uiam Gombak juga dari Selayang.

Perasmian kursus telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Osman Bin Abu Bakar, Pegawai Agama JAWI KL

Perasmian kursus telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Osman Bin Abu Bakar, Pegawai Agama JAWI KL diiringi oleh Puan Zamira Azmin binti Arifin, Pengarah Urusan Kiswah Zainab Sdn Bhd serta Ustaz Sharifuddin, Pegawai Masjid At Taqwa, Tmn Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Kursus ini telah diselia dengan cemerlang oleh Ustaz Dai Azrin Md Isa, moderator Tanyalah Ustaz Tv3 bersama Ustazah Ruzeeta – Peg Agama JAKIM Kuala Lumpur.

Antara pengisian program adalah pada sesi pertama ceramah berkenaan Pra Pengurusan Jenazah secara teori (Tata cara Pengurusan Jenazah).

Kemudian sesi kedua menyentuh berkenaan perkongsian dari NGO yang telah disampaikan oleh En Rahman – Wakil NGO Nur Khiriah & Afiz Ayub Foundation.

Sesi ketiga pula para peserta didedahkan dengan praktikal secara berkumpulan meliputi tatacara mandi, kafan, dan solat jenazah. Sesi ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian muslimin dikendalikan oleh Ust Dai Azrin dan bahagian muslimat diuruskan bersama Ustazah Ruzeeta. Sesi ini juga sempat merungkai beberapa persoalan daripada para peserta.

Peserta juga diberikan sijil penyertaan di akhir kursus dan bergambar sebagai memori untuk mereka.

Semoga Kursus Pengurusan Jenazah yang dianjurkan ini dapat memberi pendedahan kepada para peserta yang hadir seterusnya dapat dimanfaatkan di saat khidmat mereka diperlukan.

Kepada yang tidak dapat hadir Hari ini, jangan risau, kami akan kongsi kursus seterusnya di laman Facebook kami.

——————————————————

Segala pertanyaan dan berkaitan Sila wassup kami di talian dibawah

https://wasap.my/601155004313/KPJshahalam
https://wasap.my/601110504313/KPJshahalam

#kursusjenazah#kursuspengurusanjenazah#kiswahzainab#rahsiahijrahcinta#mencariilmu

Previous post Rizman Ruzaini sasar jualan RM10 juta sebulan
Next post Malaysia-Indonesia look at coolaborative effort to rebuild the business events industry