KUALA LUMPUR – Bagi menggalakkan masyarakat umum menunaikan Haji dan Umrah, Anita Bikers melalui Anita Entertainment & Productions dengan kerjasama syarikat Al Kangsari Travel & Tours Sdn Bhd telah menganjurkan Kursus Intensif Haji & Umrah (Mekah & Madinah) sebagai persiapan untuk program Asean Travel & Ride Ziarah Umrah Bumi Anbia yang bakal diadakan pada 13 hingga 24 September 2023.

Menerusi satu kenyataan media, Anita Yusop, selaku Pengasas dan Presiden Anita Entertainment & Production memberitahu, pelantikan Anita Entertainment & Productions /Anita Bikers berkuatkuasa dari 2023 hingga 2024, sebagai rakan strategik pemasaran jualan, penjenamaan dan promosi khas kepada syarikat pengendali Umrah dan Haji itu yang berpangkalan di Kuala Kangsar, Perak.

Kerjasama yang dijalinkan ini memulakan siri promosi pertamanya baru- baru ini dengan mengundang secara terbuka kepada pihak umum untuk menyertai kursus Intensif Haji dan Umrah yang dianjurkan oleh Anita Entertainment & Productions / Anita Bikers Club.

Pengarah Urusan Al Kansari Travel & Tour Sdn Bhd, Tuan Haji Mohd Nazan Mohd Razali menunjukkan kaedah tawaf yang betul

Majlis ilmu dengan kerjasama Al Kangsari Travel & Tour Sdn Bhd yang turut dihadiri oleh Pengarah Urusannya, Tuan Haji Mohd Nazan Mohd Razali bersama petugasnya itu berlangsung di  Galeri Nur Raudhah, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Majlis dirasmikan oleh Pegawai Khas kepada YBM Tengku Razaleigh Hamzah, Datuk Haji Mohd Lukhman Haji Ghani, diiringi oleh isteri beliau Datin Nora, selaku konsultant dan penasihat khas Al Kangsari Travel & Tour Sdn Bhd.

Dalam ucapan khas merasmikan program kursus berkenaan,  Datuk Haji Mohd Lukhman menyifatkan kerjasama antara Al Kangsari Travel & Tour Sdn Bhd dengan Anita Bikers adalah satu usaha sama yang baik serta wajar diteruskan pada masa akan datang.

Jelasnya, ia merupakan kerjasama bagi membawa masyarakat menunaikan umrah secara termampu dengan kadar pakej umrah biasa yang tidak membebankan masyarakat.

“Saya berharap dan berdoa agar program ini berjaya dijalankan untuk Anita memanggil lebih ramai lagi kawan-kawan serta masyarakat awam untuk menyertai program Umrah bersama Al Kangsari Travel.

“Saya yakin bahawa gabungan mantap ini akan berjaya menambahkan lagi bilangan orang yang dapat mengerjakan umrah,” katanya.

Gabungan kerjasama mantap diyakini dapat menarik lebih ramai masyarakat mengerjakan umrah

Beliau juga melahirkan perasaan bangga dengan Puan Anita kerana sambil sibuk dengan program  jelajah bersama para Bikers, Anita masih ada hati untuk membuat program berkonsep keagamaan.

“Kita jangan anggap geng-geng Bikers ini mereka travel sekadar nak bersuka-suka sahaja. Tidak semuanya begitu. Anita telah buktikan bahawa dalam bersuka pun ada juga buat program kebaikan untuk Akhirat,” katanya lagi.

Diterajui oleh seorang wanita yang sangat kental dan memiliki rangkaian bikers seluruh negara, Anita Bikers antara syarikat perusahaan hiburan dan bikers di bawah Anita Entertainment & Productions telah berusaha bersama Al Kangsari Travel & Tour Sdn Bhd bagi menganjurkan program kursus yang telah mendapat sambutan yang baik dengan penglibatan penyertaan seramai 50 peserta.

Selain penganjuran Kursus Intensif Haji & Umrah, juga turut diadakan sidang media bagi mengumumkan kerjasama dua hala di antara Al Kangsari Travel & Tours Sdn Bhd dengan Anita Entertainment / Anita Bikers serta menyenaraikan satu misi khas Asean Travel & Ride Bumi Ambia oleh Anita Bikers yang bakal berlangsung pada 16 hingga 24 September2023.

Ia turut mengundang semua penunggang motosikal berkuasa tinggi di seluruh Asia bagi menyertai Ziarah Travel Umrah & Ride di Mekah dan Madinah pada September ini. Penyertaan dibuka kepada mereka yang berminat menyertai kembara anjuran Anita Entertainment / Anita Bikers .

Okjektif acara jelajah itu diadakan adalah bagi memberi perkongsian ilmu peringkat awal dari segi fizikal dan jasmani bagi mereka yang ingin mengerjakan Haji dan Umrah, sama ada hanya untuk perkongsian ilmu atau untuk yang menyertai pakej tawaran yang istimewa oleh Al Kangsari Travel & Tour Sdn Bhd.

Antara aktiviti-aktiviti menarik yang diadakan bagi Kursus Intensif Haji dan Umrah ini adalah pengenalan dan pakej tawaran penyertaan, sesi teori berkaitan pengurusan ibadah, simulasi dan tayangan video mengerjakan Haji dan Umrah serta sesi bagaimana menghayati sirah Junjungan Nabi Muhammad SAW dengan melawat galeri Nur Raudhah selaku lokasi tajaan rasmi acara dengan menyaksikan lebih dekat pelbagai barangan artifak sejarah peninggalan Rasulullah S.A.W.

Menariknya program hari itu turut menampilkan barisan selebriti tanah air seperti penyanyi popular era 70-an, Rozita Rohaizad, Penerbit Filem Puan Hajjah Khatijah Abu Hassan, Pelakon Polis Evo 2, Shahkazen, CEO Pelancongan Malaysia, Dato’ Haji Azlie Halim, bekas Juruhebah popular, Ritchie Rachman dan lain-lainnya.

Bagi yang berminat untuk menyertai kursus jelajah yang diadakan secara percuma ini dan menyertai pakej Haji dan Umrah atau menyertai Misi Kembara Anita Bikers boleh menghubungi 0179089946 atau 0176523183.

Previous post Teater ‘Cikgu Anda’ singkap jiwa kental guru dan murid
Next post Bengkel perkasakan kemahiran komunikasi ahli Bersatu Wilayah Persekutuan