KOTA DAMANSARA, 19 Mac 2024 – Kelab Golf Seri Selangor (KGSS) kini kembali meneruskan tradisi kemeriahan Buffet Ramadan tahunannya, bertempat di Cafe Seri Selangor.
Peminat setia Buffet Ramadan KGSS boleh singgah sebentar untuk berbuka puasa. Anda boleh menikmati pelbagai pilihan juadah tradisional tempatan yang mengetengahkan pelbagai citarasa dari segenap negeri.
Hidupkan semula selera anda selepas seharian berpuasa di Cafe Seri Selangor yang menyediakan lebih dari 70 sajian menarik juadah berbuka puasa berkonsepkan “SINGGAH RASA 25 MALAM” Khas buat pengunjung KGSS.

Buffet Ramadan 2024 Cafe Seri Selangor masih lagi mengekalkan hidangan tradisi iaitu kambing golek dan sate.
Cafe Seri Selangor juga turut melakukan perubahan pada menu utamanya setiap hari supaya ia mempunyai lebih variasi.
Selain Kambing Golek Seri Selangor, pengungjung juga bakal menggamit selera dengan menu menarik lain seperti Ikan Bakar Seri Selangor, Rendang Kambing Seri Selangor, Ayam Kari Hijau Thai, Ayam Kari Kapitan, Daging Bakar Lemak Cili Api, Gulai Kawah Kambing, Ketam Berlada, Sotong Goreng Kunyit, Sotong Sambal Petai, Udang Mentega Telor Masin, Udang Sambal Petai dan banyak lagi.






Dengan harga yang ditawarkan, hanya RM85 bersih untuk dewasa dan RM45 untuk kanak-kanak (7 hingga 10 tahun), Cafe Seri Selangor menawarkan kepakaran mereka dalam setiap masakan yang bakal disajikan.
Makliumat lanjut anda boleh hubungi Ketua Unit, Pemasaran dan Perhubungan Awam, Cik Wan Intan Doora menerusi nombor berikut:
03-78061111
016-3230707

#sacc #buffetramadhan2024 #KGSS #kgss #suksesnews #sukseskembara