KUALA LUMPUR, 5 DISEMBER 2022 – Peruncit barangan sukan nombor 1 di Malaysia, Al-Ikhsan
Sports, mengadakan kempen ‘Making Travelling Sportier since 1993’ sempena meraikan pengakhiran
2022 dan menyambut kedatangan 2023. Kempen ini memberi peluang kepada orang ramai
khususnya rakyat Malaysia untuk menjadikan sukan bukan sekadar aktiviti malah sebagai gaya hidup
masa kini. Al-Ikhsan Sports mengajak rakyat Malaysia untuk sama-sama bergaya “sporty” dengan
koleksi pakaian serta barangan sukan tidak mengira situasi.


“Sebagai sebuah jenama tempatan yang begitu dekat di hati rakyat Malaysia, Al-Ikhsan Sports
berazam untuk menjadikan sukan sebagai sebuah gaya hidup dan juga mampu milik untuk semua.
Rangkaian produk Al-Ikhsan Sports adalah berkualiti tinggi dan juga direka khas untuk memenuhi
keperluan pengguna kami di seluruh Malaysia. Barangan di Al-Ikhsan bukan sahaja sekadar barangan
sukan malah boleh dijadikan sebagai pakaian untuk bersantai di sepanjang percutian meraka.
Kempen ini menyediakan rangkaian lebih dari 10,000 barangan sukan bermula daripada RM29 dan ini
belum pernah dilakukan oleh peruncit sukan yang lain sebelum ini,” kata Encik Vach Pillutla, Ketua
Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports.


VERSATILITI PRODUK DENGAN HARGA MAMPU MILIK
Antara barangan Al-Ikhsan Sports utama yang akan diperagakan dalam kempen ini adalah jersi, topi,
kemeja-T, hoodie, jaket, pelbagai jenis beg mudah alih, kasut sukan serta kasut santai. Barangan
keluaran Al-Ikhsan Sports sudah semestinya menjadikan #OOTD percutian mereka lebih bergaya
dan menarik. Kesemua barangan ini boleh didapati di 170 kedai Al-Ikhsan Sports di Semenanjung
Malaysia juga pembelian melalui laman e-dagang rasmi kami di www.alikhsan.com


PROMOSI HEBAT SEPANJANG DISEMBER 2022
Menepati objektif tersebut, Al-Ikhsan Sports telah merangka pelbagai promosi bertema yang dijangka
mampu menarik perhatian pencinta sukan tanah air. Antara promosi menarik yang diadakan melalui
kempen ‘Making Travelling Sportier since 1993’ ini adalah ‘Bundle Deals’, ‘12-12 Special’, ‘Clearance
Sales’, dan promosi ‘New Year New You!’. Kempen ini dijangka mampu memenuhi selera setiap
lapisan rakyat dengan bajet mereka yang tersendiri.


Untuk maklumat lanjut boleh layari platform digital Al-Ikhsan Sports dan Football Republic di
Facebook, Instagram, Twitter, TikTok dan LinkedIn dan juga menerusi www.al-ikhsan.com

Mengenai kami:
Al-Ikhsan Sports (Al-Ikhsan) telah ditubuhkan pada tahun 1993 dengan sebuah kedai tunggal
berkeluasan 150 kaki persegi di Holiday Plaza, Johor Bahru oleh Tuan Haji Ali Hassan dan telah
berkembang dengan kini mempunyai 170 kedai fizikal dan online di seluruh Semenanjung Malaysia.


Al-Ikhsan berobjektif untuk memberikan alternatif yang mampu milik kepada rakyat Malaysia menjalani
gaya hidup yang sihat serta memberi pilihan yang luas kepada peminat sukan bola sepak tempatan.
Pada 2016, Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) telah melaburkan sebanyak 35% saham dalam
Al-Ikhsan Sports dan sejak itu, momentum Al-Ikhsan semakin kukuh dari segi penjenamaan serta
mencatatkan perkembangan yang lebih kukuh.


Al-Ikhsan turut diberikan pelbagai pengiktirafan dari luar dan dalam negara berikutan pencapaian yang
memberangsangkan.

Previous post Jelajah Borneo anjuran Anita Entertainment And Production beri kepuasan kepada para peserta
Next post QewComm anjur Konsert amal bantu badan kebajikan