1. Idea World Council for Health (WCH) supaya setiap negara mempunyai organisasi kesihatan yang bebas seperti Malaysia Council for Health (MCH) amat diperlukan dan kritikal supaya boleh menjadi kuasa semak kepada polisi Kesihatan negara dan alternatif kepada WHO. Walaupun istilah yang hampir sama antara WHO dan WCH, tetapi organisasi WCH adalah lebih bebas dan tidak terikat lansung dengan kepentingan peribadi atau kepentingan pengeluar dadah seperti syarikat farmasi dunia.

2. Pendirian saya jelas dalam isu WHO, Malaysia mesti keluar dari WHO dan Polisi Kesihatan Awam negara mesti ditentukan oleh negara itu sendiri. WHO sudah tiada kredibili dan berwibawa lansung untuk menasihati soal kesihatan dunia apa lagi untuk mengarahkan apa-apa isu kesihatan dunia kepada mana-mana negara.

3. Rampasan kuasa secara global atas nama Pandemik Covid-19 pada awal 2020 diistiharkan oleh WHO telah mencetuskan ketakutan, keruntuhan ekonomi rakyat bawahan terutamanya, keretakan kepada institusi keluarga & agama dan peningkatan kadar bunuh diri di seluruh dunia.

4. Walaupun virus Covid 19 tidak pernah dibuktikan kewujudan dan hanya merupakan deman selsema pernafasan yg boleh dirawat, kebimbangan rakyat dunia terhadap penyakit ini sebagai penyakit berjangkit nombor satu dunia telah dimanipulasikan oleh WHO dengan dokongon World Economic Forum (WEF), Internatonal Monetary Fund (IMF), Bill Gates & Melinda Foundation terutamanya, melalui ujian PCR yg salah, kawalan pergerakan (lockdown) dan protokol rawatan perubatan yang salah menyebabkan ramai yang positif Covid 19 telah mati semasa ditahan dan dirawat di hospital.

5. Akhirnya, Rakyat dunia (hampir 5 billion) dipaksa atau terpaksa mengambil eksperimental Vaksin Covid 19 kononnya boleh merawat dan mencegah virus Covid 19. Ternyata hari ini banyak bukti perubatan menunjukkan vaksin Covid 19 tidak selamat, tidak berkesan, haram dan beracun menyebabkan hampir 2 billion rakyat dunia mendapat kesan sampingan yang serius (turbo kanser, serangan dan keradangan jantung, masalah neurologi, strok, pembekuan darah dan lain-lain) dan kini 17 juta rakyat yang mengambil vaksin Covid 19 dibuktikan mati disebabkan pengambilan eksperimental Vaksin Covid19. Syarikat farmasi dunia seperti Pfizer, Moderna dan lain-lain termasuk syarikat pelaburan dunia seperti Blackrock, Vanguard terus mendapat keuntungan besar hasil dari jualan dan pelaburan kepada vaksin ini.

6. Yang lebih menyedihkan kanak-kanak dan anak muda yang sihat dipaksa dan disarankan untuk mengambil pelbagai vaksin kerana kononya sudah ada pelbagai virus seperti virus x  dan lain-lain.

7. Kita bukan sahaja berdepan dengan kecuaian perubatan ataupun pembunuhan perubatan tetapi pembunuhan dan kecederaan beramai-ramai skala Global.

8. Sebenarnya penindasan dan eksploitasi kesihatan oleh WHO bukan satu perkara yang baru. Dari awal penubuhannya, telah dirancang dan dikawal oleh pertubuhan rahsia antarabangsa (Freemason & Iluminati), elit Kewangan Eropah dan kapitalis dunia dengan agenda  peribadi, mengaut keuntungan semata-mata, mengawal populasi dunia yang bersifat Eugenik dan Mesianik. Kini atas nama Zionist Antarabangsa, Anglo-Zionis Barat mula bekerjasama sejak akhir abad 19, mencetuskan Perang Dunia Pertama dan Kedua dengan menggunakan empayar Inggeris dan Amerika Syarikat dengan dasar kawalan minda dan agenda Kolonialisma, Imperialisma, Kapitalisma dan Sekularisma dalam mengeksploitasi hasil bumi dan orang tempatan di seluruh dunia. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), arus perdana media utama dunia dan banyak organisasi antarabangsa yang wujud selepas perang dunia kedua juga dalam genggaman dan pengaruh mereka termasuk Bank Internationalk Settlement (BIS), Bank Dunia, Federal Reserve dan lain-lain. Mereka juga bergerak dengan atas nama pelbagai badan bukan kerajaan, yayasan dan pilantropi dunia yang kononnya bersifat kemanusiaan dan dermawan.

9. Dengan tema Dunia Order Baru (NOW) dan Great Reset of Kapitalism, sekali lagi WHO bersama dengan pindaan regulasi kesihatan antarabangsa (IHR) 2005 dan Pandemik Triti CA+ dirancang dan dicadangkan kepada negara-negara di dunia untuk meneruskan agenda Eugenik & Mesianik mereka. Alasan kesihatan palsu ini adalah sebahagian dari agenda besar Zionis Antarabangsa untuk mengawal rakyat dan sumber semulajadi dunia termasuk penggunaan Revolusi Industri ke 4 dan digital matawang bank pusat (CBDC). Lihat apa yang Zionis Antarabangsa dan Kerajaan Haram Israel telah lakukan ke atas rakyat Palestin di Gaza, Tebing Barat dan BaitulMaqdis hari ini. Genocide dan dasar kolonialisma dan apartheid tidak henti-henti terhadap rakyat Palestin sejak 1948.

Ahmad Jufliz bin Dato Faiza

10. Ringkasnya, cadangan pindaan IHR 2005 dan Pandemik Triti CA+ akan memberi kuasa mutlak kepada Ketua Pengarah WHO untuk mengistiharkan darurat kesihatan awam bersifat antarabangsa (PHEIC) sama ada ia benar-benar wujud atau hanya bersifat potensi resiko tanpa pertimbangan hak asasi dan keputusan WHO ini tidak boleh dicabar, tidak ada wujud jawatankuasa semakan untuk menyemak keputusannya jika nanti keputusan itu adalah salah.

11. Walaupun Kerajaan Malaysia berkuasa membuat apa-apa perkara termasuk polisi Kesihatan Awam mengikut Triti Antarabangsa untuk manafaat Rakyatnya sama seperti parlimen boleh membuat undang-undang berkaitan hal ehwal antarabangsa, tetapi polisi kesihatan kerajaan dan undang-undang yang dibuat oleh Parlimen mestilah selaras dan mengikut Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang merupakan undang-undang tertinggi Malaysia.

12. Apa yang berlaku adalah sebaliknya. Sejak Pandemik Covid 19, Kerajaan kita sendiri mengikut secara sembrono arahan WHO yang hanya bersifat nasihat, malah kerajaan kita sendiri telah melanggar dan mencabuli hak asasi seperti kebebasan bersuara, bergerak, beragama, perlindungan peribadi dan nyawa (Artikel 5,8,9,10,11 PP) terhadap rakyatnya apabila mewujudkan vaksin paspot yang jelas merupakan satu diskriminasi ekonomi dan kawalan pergerakan terutama kepada kumpulan “pro safe and anti vaksin” walaupun penggunaan eksperimental vaksin Covid19 bersifat sukarela selain penggunaan eksperimental Vaksin Covid 19 telah menyebabkan kesan sampingan serius dan kematian. Malah Deklarasi Darurat Pandemik Covid 19 oleh WHO adalah satu pencabulan kedaulatan Negara kerana Yang DiPertuan Agung (YDPA) sebagai ketua negara yang sepatutnya berhak membuat apa-apa proklamasi darurat kesihatan di bawah artikel 150(2A) PP bukan WHO.

Adakah pihak Kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) gagal dan cuai dalam menasihati YDPA dalam isu ini?

Malah pindaan IHR 2005 dan Triti Pandemik yang akan cuba diluluskan pada bulan Mei 2024, jika kerajaan Malaysia setuju, akan menyebabkan ancaman dan pencabulan hak asasi manusia dan kedaulatan negara untuk istihar darurat melalui YDPA.

13. Mengambil tindakan undang-undang melalui semakan kehakiman ke atas kerajaan kerana mengambil langkah yang salah dalam polisi kesihatan awam dalam isu Pandemik Covid-19 dan untuk menghentikan serta merta penggunaan eksperimental Covid 19 adalah satu jalan keluar tetapi bukan mudah. Semua hakim dan penjawat awam telah mengambil suntikan vaksin atas dasar vaksin paspot. Walaupun begitu secara positif perlu untuk Rakyat bawa semakan kehakiman bagi menguji sejauh mana badan kehakiman bebas, berani dan patriotik untuk menolak polisi zalim kerajaan dan WHO.

14. Sekali lagi, Rakyat perlu ‘Exit WHO’. Jika Rakyat gagal untuk membawa kesedaran dan mempengaruhi badan kerajaan esekutif, anggota-anggota Parlimen dan badan kehakiman betapa bahayanya untuk memberi kuasa mutlak kepada WHO dalam mengistiharkan darurat kesihatan antarabangsa (PHEIC) termasuk dalam mempengaruhi dan menentukan polisi kesihatan awam negara, Rakyat terpaksa sama ada terus membuat petisyen kepada YDPA selaku ketua negara dan Majlis Raja-Raja, dan jika ini gagal selain media sosial satu referendum Rakyat atau Mahkamah Rakyat perlu dibentuk dengan segera termasuk pelbagai bentuk forum bengkel Rakyat di semua peringkat dan kawasan komuniti rakyat bagi memberi kesedaran dan kempen kenapa kita perlu EXIT WHO.

Ahmad Jufliz bin Dato Faiza

Presiden Parti Rakyat Malaysia

Peguam Rasmi Majlis Kesihatan Malaysia [MCH]

11.04 pagi

20.3.2024


Sumber Kenyataan Media: Klik SINI

Kredit Foto utama: change.org

Cafe Seri Selangor Previous post Cafe Seri Selangor sedia Buffet Ramadan ‘Singgah Rasa 25 Malam’
Next post 53,000 belia berhutang yang masih aktif hampir RM2 bilion