Maka bermulalah episod-episod drama politik yang penuh dengan sketsa dan propaganda murahan daripada pihak pembangkang.
Sudah sudahlah dengan berpolitik.
Ketidakstabilan politik berterusan akan memberi implikasi yang amat buruk pada kadar pertumbuhan ekonomi negara.
Ini mencerminkan imej negara yang tidak selamat serta tidak berpotensi dalam merancakkan penjanaan ekonomi sekaligus menyebabkan pelabur asing hilang minat untuk melabur.
Perkara ini juga akan memberi kesan di peringkat antarabangsa kerana kerajaan akan dilihat lemah dan hubungan diplomatik kerajaan dengan luar negara juga akan terganggu dan terjejas kerana keadaan negara yang tidak stabil menyukarkan sebarang bentuk kerjasama.
Majoriti rakyat sudah bosan melihat drama politik pembangkang dan menganggap pemimpin mereka tidak lagi relevan dan sudah hilang aura sentuhan.
Politik adalah tunjang dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah negara. Hentikanlah segala drama dan sandiwara yang tidak berfaedah ini.
Mahathir Hj Mohd Rais
EXCO ANGKATAN BERSATU ANAK MUDA
PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA
10 JUN 2020