Kuala Lumpur, 6 October 2020 – OPPO telah melancarkan OPPO A93, sebuah telefon pintar yang memudahkan para pengguna untuk mengekspresikan diri di media sosial melalui kamera berkuasa tinggi yang mempunyai pelbagai fungsi. Direka bentuk khas untuk para pengguna kini yang cerdik media sosial, telefon pintar ini sesuai dengan individu-individu seperti Ayda Jebat, yang telah berganding bahu dengan OPPO untuk memperkenalkan telefon pintar ini melalui cara yang menarik – sebuah cabaran TikTok dan sebuah music video yang memaparkan beberapa peminat O-fans yang beruntung.
Sewaktu event ini, Ayda menyatakan: “Saya sangat teruja menjadi sebahagian daripada pelancaran ini sebab saya betul-betul rasa yang A93 ni akan menjadi peranti yang mengagumkan dan akan membantu saya menaik taraf content yang upload kat media sosial. Biasanya, saya akan edit cahaya dan kontras gambar-gambar yang saya muatnaik ke sosial media, tapi dengan A93, sisitem AI ambil gambar yang indah yang saya boleh upload tanpa edit apa-apa.
“Pastu, telefon ni anggun, jadi senang saja saya nak slide masuk dalam poket jeans tanpa rasa bulky dan tak selesa. Hari biasa saya, memang kena buat beberapa shoot, jadi bila ada telefon yang bukan saja nipis dan langsing, tapi boleh juga tangkap waktu-waktu yang berharga, memang amat penting bagi saya. Dan lagi, dah habis satu hari, saya boleh biar telefon saya cas satu malam tanpa risau, sebab ciri Perlindungan Pengecasan Semalaman akan pastikan telefon saya tak cas lebih-lebih.” Tambah beliau.

Pertandingan TikTok yang diberi nama cabaran #AceYourStyle, bukan sahaja dapat melihat para peserta berpeluang memenangi hadiah-hadiah yang bernilai lebih daripada RM10,000 tetapi juga berpeluang untuk tampil bersama Ayda Jebat dalam muzik video beliau yang akan datang khas dihasilkan sempena pelancaran OPPO A93. Pemberian hadiah adalah seperti berikut:

Untuk menyertai pertandingan ini, para pengguna perlu serahkan video mereka mencuba cabaran #AceYourStyle di TikTok. Maklumat lebih lanjut boleh didapati di https://www.oppo.com/my/aceyourstyle
Kebijaksanaan tinggi untuk gambar-gambar yang lebih jelas
OPPO A93 berdiri teguh menjauhi pesaing-pesaingnya dengan dilengkapi dengan sesuatu yang dikenali sebagai sistem ‘6 Kamera Potret AI’, secara asasnya dalah integrasi teknolgi AI ke dalam semua kamera yang terdapat pada telefon pintar ini – iaitu 4 kamera belakang dan 2 kamera depan. Dengan kamera yang berkuasa tinggi, para pengguna terdedah dan mempunyai jalan masuk kepada kebebasan kreatif yang belum dialami sehingga kini untuk mengekspresikan diri mereka dalam media sosial melalui kepelbagain fungsi yang terdapat pada OPPO A93.
Pada bahagian belakang, penggambaran atau pengambilan video dikendalikan oleh kamera 48MP yang merupakan kamera utama. Kamera ini juga dilengkapkan dengan kamera sudut-lebar 8MP, 2 kamera mono 2MP yang berfungsi untuk meningkatkan pengasingan warna dan juga bokeh. Bagi bahagian depan pula, mempunyai sistem kamera depan dual punch-hole yang merangkumi kamera utama 16MP dan kamera kedalaman 2MP untuk bokeh kelihatan semula jadi.

Selain itu, salah satu ciri –ciri baru yang boleh didapati ketika menggunakan kedua-dua kamera depan adalah ‘Bokeh Lensa Dual’, yang merupakan gabungan perisian dan perkakasan untuk mencapai pengasingan subjek dan latar belakang yang belum pernah dilakukan sebelum ini. Dengan ciri ini, para pengguna tidak lagi perlu risau tentang pengaburan anting-anting, subang dan rambut. Mod ini juga boleh mengenal pasti beberapa individu dalam satu oleh itu, mengambil wefies dengan bokeh yang cantik telah menjadi amat mudah.
Pada bahagian kejelasan pula, OPPO A93 bisa mengambil gambar-gambar yang jelas dan terang. Ini boleh dilihat pada salah satu mod kamera iaitu ‘Potret Warna AI’ yang menangkap gambar dan mengekalkan warna pada 3 subjek dalam satu gambar, dan pada masa yang sama, menambahkan kesan monokromatik. Juga, kamera bahagian depan menawarkan pilihan untuk menggunakan mod ‘AI Super Night Potrait’ , yang mengunakan siri-siri kiraan AI untuk mengambil gambar yang teramat jelas, tepat dan selfie yang lebih bercahaya apabila berada kawasan rendah cahaya.
Namun bukan itu sahaja kebolehan OPPO A93. Ia juga mempunyai mod “AI Super Clear Potrait’, yang membolehkan mana-mana pengaburan muka pada subjek-subjek akan dijelaskan secara automatic selepas gambari diambil. Ini disebabkan oleh teknologi pembinaan semula wajah AI yang cukup bijak untuk mengenalpasti jika terdapat bulu kening yang terkeluar daripada fokus gambar dan secara automatic, akan mengisi mana perinician yang hilang untuk gambar potret yang hebat, setiap masa.
Akhir sekali adalah ‘Ultra Clear 108MP Image’, yang merupakan mod yang membolehkan OPPO A93 untuk menggabungkan beberapa untuk menghasilkan satu gambar beresolusi tinggi yang juga mengekalkan kadar perincian yang tinggi. Dalam mod ini, para pengguna boleh mengambil gambar yang kaya dengan perincian dan tekstur.
Reka Bentuk Anggun
Seperti kita, Ayda sering mengambil gambar OOTD. Mujurlah, keanggunan OPPO A93 dan reka bentuk minimalistic serta cat Shiny Matte berkualiti premium dengan mudahnya melengkapi apa jua jenis pakaian. Dengan reka bentuk ultra-nipis 7.48mm dan berat yang ultra-ringan 164g, OPPO A93 senang sahaja duduk diam dalam mana purse atau poket, tanpa menampakkan sebarang bonjol yang tidak diingini. Untuk meningkatkan wajah anggun telefon ini, jurutera-jurutera OPPO menggunakan sesuatu yang dinamakan teknik reka bentuk buju bulat 220o, yang memberikan pegangan yang lebih baik dan penampilan yang serata.
Walaupun ia nipis dan ringan, tidak bermakna OPPO A93 telah menghindari kepentingan kelebaran skrin paparan. Ia didatangi dengan paparan 6.4 inci Super AMOLED dan resolusi Full HD+ yang menawarkan pengalaman tontonan yang jelas dan mengasyikkan.
Namun begitu, pengalaman tontonan tidak berakhir di situ kerana OPPO A93 boleh didapati dalam dua warna, yang membawa pulang kilauan dan jalur-jalur cemerlang cahaya yang amat disukai pada telefo siri A yang terdahulu. OPPO A93 bukan sahaja menawarkan rasa kualiti premium yang lembut pada sentuhan dan mata, tapi ia tahan terhadap kesan cap jari. Tekstur Shiny Matte dibuat menggunakan teknik lapisan optik baru yang meningkatkan kedalaman lapisan dari 250 nanometer hingga 400 nanometer dan menonjolkan pembiasan cahaya, sambil meningkatkan warna penutup luar. Matte Black memancarkan prestij dan diilhamkan oleh kereta mewah. Metallic White menawarkan warna putih yang menyegarkan dengan sedikit warna merah jambu yang dipantulkan pada sudut tertentu.
Ciri-ciri yang bijak yang sesuai bersama
MediaTek Helio P95 AI chipset yang berkuasa tinggi menyebabkan OPPO A93 sangat responsive dengan Algoritma Anti-Lag yang akan mengesan dan membuang data yang menyebabkan masalah memori, kehentian dan kesentakkan. Sebagai faedah tambahan, membaca dan menulis data dalam sistem fail menjadi lebih pantas dan cekap. Dengan penambahbaikan pada ciri Defregmentasi Memori, kebarangkalian untuk telefon tersentak telah dikurangkan sehingga 54% berbanding dengan generasi sebelumnya, dan pada masa yang sama, pembacaan fail dan prestasi penulisan telah dtambah baikkan kepada 28% kerana ciri Pengoptimuman Pangkalan Data Automatik. Senang kata, Ayda tidak perlu tentang menghadapi prestasi buruk ketika menggunakan OPPO A93.
Untuk berpegang teguh bersama Ayda dan jadualnya sangat sibuk, OPPO A93 telah dilengkapi dengan bateri 4,000mAh, yang mampu bertahan untuk penggunaan berat selama sehari. Kalau nyawa baterinya telah turun ke 5%, beliau mempunyai pilihan untuk menghidupkan ‘Super Power Saving Mode’, yang akan membolehkan antara muka yang hanya hitam dan putih, serta hanya menjalankan hanya enam aplikasi yang telah ditentukan,memberikan beliau extra 70 minit untuk panggilan bersuara, atau 30 minit menggunakan Google Maps, atau 35 minit untuk memesan tumpangan melalui aplikasi Grab.
Ciri-ciri lain yang terdapat pada OPPO A93 termasuk ‘Isyarat Udara’, yang membolehkan para pengguna untuk hanya gerakkan tangan untuk menjawab pangglan. Telefon mengenalpasti pergerakan tangan antara 20cm hingga 50cm daripada kamera depan. Bagi mereka yang selalu terpaksa menjawab ketika tangan tengah penuh, pasti akan rasai kesenangan ciri ini.
Akhir sekali, OPPO A93 berfungsi melalui ColorOS 7.2, yang menawarkan pelbagai ciri-ciri yang berguna seperti OPPO Screen Image Engine (OSIE) untuk kejelasan yang lebih ketika menonton video dan juga Mod Gelap untuk penjagaan mata yang lebih baik dan mengurangkan penggunaan kuasa. Sebagai penambahan tahap keselamatan, pengguna juga boleh membuat akaun pelbagai pengguna melalui Mod Pelbagai-Pengguna (Multi-User Mode), yang boleh mencipta lima akaun berasingan dengan tahap kebenaran yang berlainan untuk pengguna, sub-pengguna, dan pelawat. Memastikan privasi anda terjaga tidak pernah semudah ini.
Ketersediaan Pasaran
OPPO A93 akan sedia untuk pra-pesanan mulai 6 Oktober 2020 dan akan muncul dalam dua warna – Matte Black dan Metallic White. Pra-pesan antara 6 hingga 9 Oktober 2020 dan terima hadiah-hadiah PERCUMA, iaitu payung eksklusif dan speaker Bluetooth OPPO bernilai RM 199. OPPO A93 akan dilancarkan pada harga RM 1299 dan boleh dibeli di OPPO Brand Stores, OPPO Official Online Stores dan OPPO Kedai Penjual Rasmi yang terpilih mulai 10 Oktober 2020 dan seterusnya.
Ganjaran Aplikasi My OPPO
Pengguna Aplikasi My OPPO berpeluang menebus baucar diskaun RM100 secara eksklusif di OPPO A93 dengan hanya 1 mata. Voucher hanya boleh ditebus dari 6 hingga 18 Oktober 2020.
Dapatkan baucer DISKAUN 10% IoT secara percuma yang boleh ditebus melalui Aplikasi My OPPO dengan pembelian OPPO A93 sahaja. Baucar ini hanya boleh ditebus sepanjang tempoh kempen dari 10 – 31 Oktober 2020. Pengguna baru A93 perlu memuat turun dan mendaftar di Aplikasi My OPPO untuk peluang menebus hadiah percuma eksklusif dengan menggunakan OPPO A93.

Spesifikasi Siri OPPO A93
Dimensi dan Berat | Dimensi: 7.48mm x 73.8mm x 160.1mm Berat: 164g |
Paparan | 16.34cm Paparan dwi-lubang 2400×1080 piksel; FHD+ AMOLED Kadar penyegaran 60HZ Nisbah Skrin 20:9 Nisbah: 90.7%; 409 PPI Bahan Skrin:Gorilla Glass 3+ |
Pemproses | MKT Helio P95 Jenis CPU: 8-core Kelajuan CPU:2.2Ghz |
Kapasiti | 8GB RAM LPDDR4 128GB ROM UFS 2.1 Dwi-SIM, Micro-SD boleh meningkat sehingga 256 GB. 3 slot kad |
Bateri | Kapasiti Bateri :4000mAh* Kuasa Pengecasan: sehingga 18W |
Pengimbas Cap Jari | Pengimbas Cap Jari In-Display 3.0 |
Rear Camera | Kamera Belakang 48MP Kamera Utama(F1.8)1/2” Sensor 8MP Kamera Sudut Ultra Lebar(F2.2)1/4” Sensor 2MP Mono(F2.4)1/5” Sensor 2M Mono(F2.4)1/5” Sensor Kamera Depan 16MP Kamera Utama(F2.4)1/3” Sensor 2MP Kamera Dalaman(F2.4)1/5” Sensor |
Sistem Operasi | ColorOS 7.2 berdasarkan Android 10.0 |
Warna | Matte Black / Metallic White |
Mengenai OPPO
OPPO adalah jenama peneraju peranti pintar global terkemuka. Sejak melancarkan telefon pintar pertamanya – “Smiley Face” pada tahun 2008, OPPO sentiasa mengejar untuk memberikan kepuasan estetika dan teknologi inovatif tanpa henti. Hari ini, OPPO memberikan pengguna pelbagai pilihan telefon pintar yang diterajui oleh siri Find dan siri Reno, system operasi ColorOS, serta perkhidmatan internet seperti OPPO Cloud dan OPPO+. OPPO beroperasi di lebih 40 buah negara dan rantau dengan 6 institusi penyelidikan dan 4 pusat R&D seluruh dunia serta pusat rekabentuk antarabangsa yang terletak di London. OPPO mempunyai lebih dari 40,000 orang pekerja yang berdedikasi dalam mewujudkan kehidupan yang lebih baik kepada para pengguna di seluruh dunia.