2 April, Kuala Lumpur 2018 – Menjadi satu (1) kelaziman apabila menjelangnya bulan Ramadan setiap lahun, setiap hotel-hotel akan memperkenalkan menu Ramadan masing-masing. AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur juga tidak melepaskan peluang unluk memperkenalkan menu-menu istimewa yang akan disajikan sepanjang bulan Ramadan yang akan kunjung tiba tidak lama sahaja lagi. Pada tahun ini, AnCasa Hotel & Spa telah memilih tema ‘Kampong Boy’ bertepatan dengan Kempen ‘Stay, Dine & Win’ yang sedang berlangsung dan akan berakhir pada 14 Julai 2018 di mana ’tarikh akhir bagi perlawanan World Cup 20l8.

Memandangkan sambutan dan respons yang menggalakkan dari pelanggan-pelanggan hotel yang lelah menikmati Ramadan Bufet pada lahun lepas, AnCasa Hotel & Spa, telah mengekalkan konsep masakan bercita rasa kampung di dalam bufet Ramadan bagi tahun 2018.

 

Bertemakan ‘Kampong Boy’, gabungan idea cef-cef dari AnCasa Holels & Resorts yang berpengalaman dalam masakan tradisional Melayu dan seni kulinari akan menampilkan kelainan dalam setiap resipi dan menu yang di sajikan pada kali ini, Lebih dari 120 menu sajian masakan Melayu diperkenalkan di antaranya Rendang Ayam Pucuk Maman, Udang Rangup lman Madina, Solong Sumbat Sos Pedas, Kambing Golek, lkan Bakar, Rebung Masak Lemak Cili Api dan macam-macam Iagi. Selain itu, AnCasa Hotel & Spa, turut menyajikan pelbagai aneka kuih-muih tradisional seperti apam balik, ketayap, wajik, kuih talam seri muka dan pelbagai manisan yang pastinya akan mengubat rindu anda akan masakan bonda di kampung halaman.

Menurut Encik Shah Azam Khan, Naib Presiden Kanan AnCasa Hospitaliti, “Pada tahun ini, kami masih lagi mengekalkan konsep gerai dan ‘live cooking’ di mana 12 gerai dihias bertemakan ‘Kampong Boy’ dengan harapan agar pelanggan dapat merasai “homely dining experience’ semasa berbuka puasa di sini. Dengan memperkenalkan sajian masakan istimewa ala kampung hasil air tangan cef yang berpengalaman di tambah pula dengan dekarasi ala kampung, anda akan di bawa menggambil Nolstagia di zaman kanak-kanak di kampung halaman serta keenakan berbuka dengan masakan bonda.”

“Walaupun dengan keadaan ekonomi yang sedikit mencabar tambahan pula harga bahan-bahan mentah semakin meningkat, pihak kami masih Iagi mengekalkan harga yang sama dengan tahun lepas iaitu RM58 kepada pelanggan yang membeli baucar sebelum 12 Mei 2018. Manakala harga selepas itu adalah RM68 untuk dewasa dan RM40 untuk kanak-kanak. Harga yang kami tawarkan adalah amat berbaloi jika di bandingkan dengan harga Ramadan Bufet yang ditawarkan oleh hotel-hotel yang Iain”. Ujar beliau Iagi.

  

###

MENGENAI ANCASA HOTELS & RESORTS

AnCasa Hotels & Resorts merupokon rangkaian hotel milik UDA Holdings Berhad (UDA) yang terletak di Kuala Lumpur, Pahang, Kuala Terengganu dan juga Negeri Sembilan. Di antara hotel-hotel tersebut adalah AnCasa Hotels & Spa dan AnCasa Express@Pudu di Kuala Lumpur, AnCasa Residences, Port Dickson, Kuala Terenggonu Golf Resort (KTGR) dan AnCasa Royole Pekon, Pahang.

Untuk maklumat lanjut ataupun membuat tempahan di AnCasa Hotels & Resorts sila layari laman sesawang kami di www.ancasahotels.com atau hubungi 03-2026 6060 untuk mendapat harga yang terbaik.

Sebarang pertanyaan media, sila hubungi:

☆ Uma Koenen Rengarajoo (Uma) | prmanager@ancasahotels.com |
+012-690 3927

Norazuana Abdullah (Wana) | norazuana@ancasahotels.com |
+6019-223 9153

Bahagian Perhubungan Awam Kumpulan Ancasa Holel & Spa
Jalan Tun Tan Cheng Lock
50050 Kuala Lumpur
No. Tel : +603-2026 6060 I No. Faks : +603-2026 2707

Previous post Dulu mekanik, kini tauke bengkel
Next post 11street Raikan Ulang Tahun Ketiga