KUALA LUMPUR, 5 Mei – Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Segambut, Mahathir Mohd Rais, mendakwa wujud pakatan sulit antara pemimpin tertinggi dalam Pakatan Harapan (PH) dan UMNO untuk mengangkat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri seterusnya.

Mahathir berkata perkara itu berdasarkan kenyataan dibuat Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke, yang berbunyi;

“Apa yang telah diputuskan ialah Datuk Seri Anwar adalah calon PM bagi Pakatan Harapan. Jadi kami memberi tawaran yang jelas kepada rakyat , jika kami gagal mendapat kerusi majoriti memerintah sudah tentu akan ada kerjasama dengan mana-mana parti, termasuk UMNO…”

Tegasnya, kenyataan Loke berkenaan menguatkan persoalan sama ada wujud persefahaman sulit untuk membentuk jajaran baru dalam khemah besar yang didominasi oleh DAP.

“Kita sedia maklum bahawa sebelum ini pernah tular sepucuk surat daripada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengisytiharkan taat setia beliau selaku Presiden UMNO untuk mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri. Surat ini dialamatkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan tidak pernah ditarik balik oleh Ahmad Zahid.

“Kelihatan seolah-olah usaha mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri, dengan sokongan DAP adalah satu usaha yang serius tetapi secara senyap dan rahsia,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Sumber : PN BBC

Previous post Infectious Diseases Expert, Dr Rajendra Kapila Dies Of COVID-19
Next post RM500 Untuk 11,000 Peniaga Bazar Ramadan Di Selangor