PETALING JAYA – Listra Malaysia mengunjurkan perolehan jualannya meningkat kepada RM1 juta sebulan pada tahun ini berbanding RM500,000 sebulan sebelum ini.

Pengasas syarikat, Siti Eaisyah Hamzah berkata, pe­ningkatan itu disumbangkan oleh aktiviti pemasaran yang dilaksanakan syarikat termasuk inisiatif melancarkan Kempen Listra Penyambung Generasi Anda Bersama Mass Rapit Transit Corporation (MRT Corp).

Menurut beliau, melalui kempen tersebut, syarikat yang memperkenalkan produknya sejak tahun 2014 itu menggunakan tema Wajah Listra yang terpampang di dalam sebuah koc MRT.

“Melalui kempen tersebut, ia akan mendidik orang ramai khususnya golongan wanita mengenai pentingnya penja­gaan dalaman.

“Kami mahu menggalakkan wanita menjaga kesihatan dalaman.

“Ia penting untuk menge­ratkan lagi hubungan suami isteri, menambah kebahagian keluarga dan juga sebagai ­penyambung zuriat generasi masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelancaran kempen baharu itu di Stesen Persiaran Bandar Utama di sini baru-baru ini.

Siti Eaisyah Hamzah (tengah) bersama duta produk Listra, komposer dan penyanyi Hafiz Hamidun dan anaknya (kanan); Ketua Eksekutif Bina Mutiara Global Sdn Bhd, Dzulfikar (dua dari kanan); tetamu jemputan artis Adam Corrie dan anaknya (dua dari kiri) dan Dr. Noor Fidak Samsudin (kiri) dari bahagian Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur.

Siti Eaisyah menjelaskan, syarikat memilih untuk bekerjasama dengan MRT kerana pengangkutan tersebut menjadi pilihan orang ramai termasuk golongan pelajar dan bekerjaya.

Melalui kempen ini, syarikat akan  dapat meningkatkan pengetahuan masyarakat tentang produk Listra dan sekali gus ia bakal membuka peluang perniagaan kepada mereka yang berminat untuk menjadi pengedar baharunya bagi  menambah pendapatan bulanan.

Buat masa ini, syarikat memiliki lebih daripada 100 pengedar termasuk di Sabah dan Sarawak.

“Kami mengalu-alukan mereka menjadi dropship yang mana mereka boleh berniaga tanpa modal.

“Bermula dari platform tersebut, jika mereka berjaya mengekalkan jualan dengan syarat yang ditetapkan oleh syarikat, maka kami akan membayar gaji asas termasuk caruman di dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,” jelasnya.

Tambah beliau, ini merupakan salah satu usaha Listra untuk menggalakkan usahawan terus komited berniaga sambil mendapat bimbingan dan latihan yang ditawarkan syarikat.

Listra memiliki empat produk iaitu Habbasauda Listra, Habbasauda Listra Plus, Susu Kambing Listra Goodmilk dan Bee Coffee.

KOSMO

Berita lain:

Previous post Heitech sumbang 100 tablet kepada pelajar
Next post MyCEB Ends the First Quarter of 2021 by Kickstarting the First Roadshow in Sabah