KUALA LUMPUR, 27 October 2021 — Seiring dengan pembukaan semula perjalanan domestik antara negeri, Petron Malaysia dengan kerjasama Tourism Malaysia pada hari ini melancarkan kempen ‘Jom Jalan Jalan’ untuk mempromosikan pelancongan domestik.
Dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Dato’ Sri Nancy Shukri dan dihadiri oleh Pengurus Besar Petron Malaysia, Pn. Faridah Ali, kempen ‘Jom Jalan Jalan’ ini akan berlangsung selama lima bulan dan bertujuan untuk memberi ganjaran menarik kepada pelanggan termasuk pakej percutian dan wang tunai untuk meneroka tempat pelancongan menarik di dalam negara.

Petron bekerjasama dengan rakan pelancongan dan resort tempatan seperti Tiarasa Escapes Glamping Resort, Sunway Lost World of Tambun, Camp Out! At Sunway Lagoon, Orchard Weliness Melaka, Glamz Genting, Sepilok Forest Edge dan Culvert Santubong serta VIP Pass Holidays (Malaysia) dan TREVO Malaysia untuk menyediakan hadiah pakej percutian yang menyeronokkan.
Kempen ini akan memberi ganjaran kepada 1,156 pemenang termasuk 56 pelanggan bertuah yang akan muncul sebagai pemenang hadiah utama di sepanjang tempoh lima bulan kempen berlangsung. Pakej percutian yang akan dimenangi merangkumi pakej 3 hari 2 malam (3H2M) yang menawarkan peluang kepada pelanggan untuk menikmati alam semula jadi di beberapa tapak glamping terbaik di Malaysia melalui penginapan glamping, aktiviti rekreasi dan pengalaman kulinari menarik yang disesuaikan dengan lokasi negeri tersebut.

Enam (6) pemenang akan memenangi Hadiah Utama berupa pakej percutian yang bernilai sehingga RM20,000 dari Tiarasa Escapes Glamping Resort, Sepilok Forest Edge atau Culvert Santubong beserta wang tunai dan tajaan minyak daripada Petron. Setiap pemenang Hadiah Utama boleh membawa enam (6) hingga sepuluh (10) ahli keluarga dan rakan rakan untuk bersama-sama menikmati pengalaman glamping yang tidak dapat dilupakan.
RM50 untuk hadiah tempat pertama. Pelanggan periu meleret kad Petron Miles mereka apabila membuat pembelian untuk menyertai pertandingan ini.
Kempen ‘Jom Jalan Jalan’ ini bermula Oktober 2021 sehingga Mac 2022. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kempen ini, sila layari laman www.petronmiles.com.my