Kuala Lumpur: Syarikat pelaburan, pengurusan dan pembangunan hartanah terkenal, HOMEVEST tersenarai dalam Malaysia Book of Records (MBOR) selepas diiktiraf sebagai syarikat pertama di Malaysia yang menawarkan Program Pemilikan Rumah untuk Pekerja atau Home Ownership Programme for Employees (HOPE).

Sejak dilancarkan pada 2020, HOPE menyumbang kepada penambahbaikan program pengekalan bakat di pelbagai syarikat.

Ia juga meningkatkan produktiviti pekerja dan menanam rasa kesetiaan pekerja terhadap majikan sejak program ini diperkenalkan.

Pengarah Urusan Kumpulan HOMEVEST, Datuk KY Lim berkata pihaknya memahami kesukaran dihadapi majikan dalam mengekalkan pekerja disebabkan oleh kekurangan pengiktirafan dan penghargaan.

Menurut beliau, HOPE mampu membantu majikan di Malaysia memperkasakan pekerja mereka untuk memiliki rumah idaman masing-masing.

“Majikan boleh menggunakan program ini untuk mendorong dan memberi ganjaran kepada pekerja mereka yang layak.

Difahamkan faedah program ini setara dengan faedah syarikat yang tersenarai dalam Fortune 500, yang akhirnya mewujudkan suasana pekerjaan yang positif serta bermanfaat.

Sementara itu, berlangsung simbolik majlis penyampaian sijil Malaysia Book of Records di ibu pejabat syarikat itu di Kota Damansara, semalam.

Ia diserikan dengan kehadiran Datuk Paduka Maharaja Lela, Istana Negara, Datuk Azuan Effendy, Ketua Eksekutif Skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed dan Penasihat HOMEVEST, Datuk Wira Muhammad Faizal Zainol.

Dalam perkembangan lain, Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif HOMEVEST Datuk Marcus Low pula memaklumkan syarikat mereka menjadi pengurusan hartanah yang pertama melancarkan stor rasmi di platform e-dagang, Shopee baru-baru ini.

“Ia termasuk menyediakan pelanggan dengan pembelian dalam talian yang mudah, selamat dan pantas,” kata Marcus Low. – Harian Metro

Previous post Revealed: Documents show Bill Gates has given $319 Million to Media Outlets
Next post Prudential terima Anugerah Jenama Insurans Paling Cemerlang di Malaysia