BULAN Ramadhan yang mulia bakal menjelma dan ia amat sesuai untik kita melaungkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan lebih dekat lagi selepas selama 2 tahun kita menyambut Ramadhan di kala berhadapan dengan pendemik COVID-19.
Sebagai penghargaan dan terima kasih kepada rakan media termasuk SUKSES News, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur telah menganjurkan prebiu berbuka puasa “Citarasa Zaman BERZAMAN” di Zende restaurant, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur pada 24 Mac 2022.
Bufet citarasa zaman berzaman menawarkan pelbagai jenis menu dengan menampilkan lebih 300 jenis masakan yang berbeza setiap Hari yang disediakan oleh chef Haji Mohd Saad bin Othman Dan pasukannya.
Masakan kampung seperti pucuk ubi masak lemak pedas, ikan merah panggang ala portugis, rendang udang Harimau daun kunyit, perut lembut masak lemak rebung adalah beberapa hidangan melayu tradisional “mesti cuba” di seri pacific Hotel Kuala Lumpur.
Hidangan lain yang turut menjadi kegemaran adalah kambing panggang yang turut menjadi salah satu tarikan ramai zaman berzaman di SERI PACIFIC HOTEL KUALA LUMPUR termasuk sup gear box power, sup ekor bakar, Kari kepala ikan, Dan satay. Bagi mereka yang menitik berat soal pemakanan Dan diet seimbang, bolehlah memilih ulam-ulaman kampung sebagai hidangan sampingan.
Pelbagai pencuci mulut untuk dipilih seperti bubur pengat Pisang, pulut Dan serawa durian, ais Batu campur, kuih muih melayu Dan juga pelbagai jenis minuman.
Persembahan secara langsung oleh kumpulan “Orkes Sri Johor” akan menghiburkan anda sekeluarga dengan alunan ghazal Dan traditional pada setiap Hari jumaat hingga ahad sepanjang bulan puasa di zende restaurant, Seri Pacific Kuala Lumpur.
Surau juga disediakan bagi membolehkan pengunjung untuk beribadah tanpa meninggalkan kawasan hotel dan juga kaunter pembayaran zakat disediakan bagi memudahkan pengunjung untuk melangsaikan tanggungjawab membayar zakat sepanjang bulan ramadhan.
Tempat: Zende restaurant, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur
Tarikh: 4 April -01 Mei 2022
Masa: Jam 6.30 pm – 10.30 pm
Harga: RM150
Pembelian Awal – RM120 (dewasa) RM60 (kanak2)+ warga emas 60 tahun ke atas
Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur juga mengalukan sektor awam dan swasta untuk menganjurkan majlis berbuka puasa mereka samada untuk kakitangan, pelanggan atau media mahupun majlis tanggungjawab sosial Korporat di SERI PACIFIC HOTEL KUALA LUMPUR kerana terdapat pelbagai pakej yang ditawarkan.