BERTUAH Mohd Azizul Mohd Esa pengasas Calift Group Sdn. Bhd. yang mendapat sokongan padu daripada isteri tercinta. Demi membantu suaminya, Nor Nabiha Nadia Ismail sanggup meninggalkan karier peguam demi membantu mengembangkan bisnes mereka.
Calift Gold adalah jenama susu pracampuran susu kambing untuk sakit sendi dan lutut. Produk ini telah berada dipasaran sejak 2016 dan pada tahun 2019 produk ini telah memasuki pasaran Singapura dan terus berkembang sehingga sekarang.
Pasangan suami isteri ini memiliki pengalaman yang cukup hebat dalam dunia perniagaan. Sebelum membuka bisnes sendiri, Mohd Azizul adalah Pengurus R &D di sebuah syarikat pengeluar makanan. Manakala Nor Nabiha Nadia adalah peguam jenayah yang mempunyai syarikat guaman sendiri.
Nor Nabiha Nadia berkata,“Saya tak menyesal meninggalkan karier peguam demi membantu suami. Malah dengan berkembangnya bisnes kami ini, saya juga dapat membantu mereka yang ingin mencari pendapatan tambahan.”
Nor Nabiha Nadia dan Mohd Azizul menerima award The BrandLaureate World Halal Bestbrands Awards 2022, bagi kategori Joint & Knee Pain Solutions pada 24 Feb lalu di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur. Anugerah BrandLaureate adalah satu pengiktirafan nasional kepada syarikat bumiputera yang telah berjaya menempa jenama di peringkat nasional.

“Sebelum ini syarikat kami bermula daripada susu untuk kanak-kanak dengan jenama Qaleef. Namun terdapat banyak permintaan untuk susu bagi sakit sendi dan lutut. Dari situ kami terpanggil untuk menghasilkan susu bagi golongan dewasa pula dan terhasillah susu kambing Calift Gold.
“Pengguna yang takut dengan produk berasaskan ubat-ubatan dan bahan kimia, kini boleh memilih Calift Gold. Produk ini sesuai bagi melegakan sakit sendi dan lutut. Ia dihasilkan tanpa sebarang gula tambahan dan di formulasikan 100% daripada bahan semulajadi antaranya buah Delima, madu asli, daun stevia, kurma dan gam arabika,” ujar Nor Nabiha Nadia lagi.

Nor Nabiha Nadia, anak kelahiran Johor kini boleh menarik nafas lega setelah syarikatnya berjaya mencatatkan keuntungan purata sebanyak 5 juta pada tahun lalu. Bagi tahun 2022, Nor Nabiha mensasarkan keuntungan jualan kepada 15 juta.
Bercakap mengenai cabaran dalam dunia perniagaan, Nor Nabiha menambah,“Pada mulanya kami memang berdepan dengan banyak cabaran kerana cabang ilmu yang tidak sama. Malah kami juga kurang berpengalaman dalam bidang perniagaan. Namun kami bersyukur kerana cabaran itu dapat di atasi melalui bimbingan mentor dan kursus perniagaan yang kami ikuti.
“Sewaktu pandemik ramai yang terkesan dengannya. Bagi membantu mereka yang terkesan kami telah menawarkan pendapatan tambahan menerusi program kongsi rezeki Usahawan Calift. Tahun ini saya sasarkan untuk membantu 30 ribu individu bagi menjana pendapatan.”
Pada masa hadapan, Calift Group Sdn. Bhd. merancang untuk menghasilkan susu untuk kecantikan pula.
Sumber: BebasNews
