Kuala Lumpur 13 April 2018 – Setelah mula dikenali menerusi genre pop dan balada, kini penyanyi remaja popular lsmail lzzani cuba tampil dengan genre berbeza menerusi single ketiganya yang berjudul “LUAR BIASA”.

Single yang menggabungkan genre pop dan electronic dance music (EDM) ini turut menyelitkan unsur rap yang dipersembahkan oleh bekas ahli kumpulan Sleeq, Alif.

Lagu dan lirik ”LUAR BIASA” ini merupakan hasil ciptaan The Good Fellas. Single ini juga merupakan terbitan bersama World Peace Entertainment Sdn Bhd dan Warner Music (M) Sdn Bhd dan edaran oleh Warner Music (M) Sdn Bhd.

”LUAR BIASA” ini merupakan hadiah Ismail lzzani kepada peminatnya yang setia menyokong beliau sedari awal kemunculannya di dalam industri muzik tanah air. Video muzik “LUAR BIASA” ini turut menampilkan sisi bakat tari Ismail. la merupakan arahan Firdaus Hashim dan susunan koreografi yang menarik pula oleh Aus daripada Nasty Rock Crews, video muzik ”LUAR BIASA” ini menyajikan sajian visual yang tampak segar dan bertenaga setanding dengan video muzik antarabangsa.

Sejak dilancarkan pada 16 MAC 2018 di kesemua pelantar muzik digital, “LUAR BIASA” berjaya menduduki tangga teratas dalam carta RIM ’Lagu Domestik PalingTinggi Penstriman’ untuk dua minggu berturut-turut. Manakala video muzik ”LUAR BIASA” pula sudah mencecah lebih 4 juta tontonan di Youtube sejak dimuatnaik pada 16 Mac lalu.

”LUAR BIASA” boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox , Deezer dan juga iTunes. Manakala video muzik ”LUAR BIASA” pula boleh ditonton di saluran Youtube World Peace Entertainment.

Selain daripada itu, Luar Biasa versi karaoke juga sudah boleh didapati di kesemua cawangan Red Box, Green Box dan Red Box PLUS Karaoke di seluruh Malaysia mulai hari ini.

###

Previous post CARRISA RTW 2018 FASHION SHOW
Next post COLD STORAGE EXPANDS ITS REACH IN PENANG VIA HAPPYFRESH