Post Views: 491
Dubai Food Gallery 2nd Outlet di Tropicana Gardens Mall Damansara, bakal perluaskan lagi ke seluruh Kuala Lumpur
Alhamdulilah kali ini admin sempat ke Dubai Food Gallery bertempat di tingkat 3, Tropicana Mall Damansara.
Restoran bertemakan Arab sangat sinonim di negara kita. Tapi kali ini ianya sangat istimewa dengan keluasan kawasan yang sangat selesa.
DFG mempunyai 6 section termasuk Shawarma, Grill, Meals, Fries, Dessert dan Drinks.
Hidangan istimewa yang admin suka disini Mandy Chicken yang terletak di section Meals. Dengan nasi Mandy yang terlerai Dan aromanya beserta ayam yang sangat lembut membuatkan korang berada di tanah arab.
Section Shawarma penuh dengan masakan kebab. Terdapat pelbagai kebab termasuk sandwich, donar kebab dan banyak lagi.
Section Grill pula dihidangkan dengan chicken wings, chicken chop, kebab lamb, grilled big, lamb sandwich serta pelbagai lagi.
Jangan lupa singgah di section fries dengan pelbagai potato fries, potato sandwiches, lamb spring roll yang korang suka tu kan. Admin pilih lamb spring roll sebab admin suka lamb.
Manisan ala Arab anda singgah ke section Dessert. Kuih muih ala Timur tengah ni korang mesti cuba tau. Admin mula2 x berapa minat, tapi sekali dah try, memang padu beb. Seperti kurma nut, bird nest pistachio, cashow box Dan banyak lagi gaisss.
Kemudahan seperti surau membantu para pelanggan dapat menunaikan solat sewaktu berkunjung di DFG ini.
Jangan lupa kalau korang datang ke Tropicana Mall, singgah Dubai Food Gallery.
Pasti tidak mengecewakan.
.