05 Nov 2022 Sabtu , Nilai Negeri Sembilan
 
1. Kiswah Zainab Sdn Bhd telah berjaya mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah Perdana 1.0 di Kompleks Islam Tuanku Mukriz, Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan. Dengan mengadakan kursus ini ianya dapat memberi peluang kepada para peserta khususnya dari Negeri Sembilan menimba ilmu fardhu kifayah.
 
 
2. Jelajah kursus siri ke 05 selepas di Ipoh, Selangor dan TTDI, Kuala Lumpur juga di Kuala Selangor ini telah berlangsung dengan jayanya bermula 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.
 
3. Seramai hampir 100 orang peserta yang terdiri daripada ahli kariah masjid, dan ada yang hadir dari seluruh kawasan Nilai, Bandar Enstek, Labu, Mantin Dan yang berhampiran.
 
 
4. Kursus ini telah diseliakan dengan baik oleh Ustaz Dai Azrin Md Isa, moderator Tanyalah Ustaz Tv3 bersama Ustazah Zihamimah – Peg Hal Ehwal Agama Negeri Sembilan serta penceramah jemputan Ustaz Hanafiah Abd Malek (Tanyalah Ustaz Tv3).
 
5. Antara pengisian program adalah pada sesi pertama ceramah berkenaan Pra Pengurusan Jenazah secara teori (Tata cara Pengurusan Jenazah).
 
 
6. Kemudian sesi kedua menyentuh berkenaan perkongsian dari pendakwah bebas terkenal negara Ustaz Hanafiah Abd Malek. Sentuhan Kalbu dengan pelbagai isu rohani dan jasmani persediaan menghadapi kematian.
 
7. Sesi ketiga pula para peserta didedahkan dengan praktikal secara berkumpulan meliputi tatacara mandi, kafan, dan solat jenazah. Sesi ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian muslimin dikendalikan oleh Ust Dai Azrin dibantu oleh Pegawai khas dari NGO Abg Chik mewakili Pertubuhan Sentuhan Setia Kasih dan bahagian muslimat diuruskan bersama Ustazah Zihamimah. Sesi ini juga sempat merungkai beberapa persoalan daripada para peserta.
 
8. Peserta juga diberikan sijil penyertaan di akhir kursus dan bergambar sebagai memori untuk peserta.
9. Semoga Kursus Pengurusan Jenazah yang dianjurkan ini dapat memberi pendedahan kepada para peserta yang hadir seterusnya dapat dimanfaatkan di saat khidmat mereka diperlukan.
 
10. Kepada yang tidak dapat hadir Hari ini, jangan risau, kami akan kongsi kursus seterusnya di laman Facebook kami.
 
Siri Jelajah Kursus Pengurusan Jenazah Perdana 1.0 Peringkat Negeri
✅Kuala Selangor, Selangor (Siri 01)
✅Ttdi, Kuala Lumpur (Siri 02)
✅Shah Alam, Selangor (Siri 03)
✅Ipoh, Perak (Siri 04)
✅Nilai, Negeri Sembilan (Siri 05)
 
Akan datang di negeri berhampiran anda. Ikuti kami di Facebook.
——————————————————
Segala pertanyaan dan berkaitan Sila wassup kami di talian dibawah
——————————————————-
Sebagai sokongan kepada kami, layari media sosial kami di
Facebook : kiswah zainab
Instagram : kiswah zainab
YouTube: kiswah Channel Tv
TikTok : kiswah zainab
Terima kasih kepada yang sudah like, subscribe dan follow.
 
 
Previous post Prihatin cakna kebajikan pelajarPPKI SK Sungai Buloh
Next post Jelajah Borneo anjuran Anita Entertainment And Production beri kepuasan kepada para peserta