Lebuh Raya Pan Borneo digegarkan dengan deruman kira-kira enam buah motosikal berkuasa tinggi yang memulakan jelajah Borneo selama 14 hari.
Pengembaraan anjuran Anita Entertainment And Production yang bermula pada 5 Oktober telah memberi kepuasan yang tersendiri kepada para peserta kerana berpeluang melihat dan menikmati kepelbagaian budaya, makanan dan alam sekitar di sepanjang jelajah ini.

Menurut Presidennya, Puan Anita Yusop berkata, dalam masa yang sama, program ini turut menjayakan kempen keselamatan, Safe Ride Go Green Kami Perhatian dalam menyempurnakan misi kemanusiaan.
“Sebelum ini, kami telah telah berada pada siri jelajah yang pertama pada 2016 kemudian diteruskan pada 2018 (kedua) 2019 (ketiga) dan 2022 (keempat),” katanya kepada wartawan Suara Sarawak bersempena dengan Majlis Penutupan Anita KTM Borneo Ride 2022 di Kafe Faliza, Kuching, baru-baru ini tajaan oleh CBS, Datin Seri Elly.
Setiap kali menjayakan program, Anita akui pastinya ada cabaran untuk menjayakannya, bertindak serta bergerak di atas jalan raya memang penuh dengan rintangan untuk sampai di Borneo.
Jelasnya, ekspedisi Borneo ini agak mencabar kerana setiap penunggang perlu menunggang dengan penuh berhati-hati dan selamat dengan iringan rakan-rakan pemotoran di Borneo yang berkemahiran tentang jalan di sana.
Tidak lupa diingatkan kepada pengguna jalan raya yang lain, jelas Anita, untuk memandu dalam keadaan yang selamat dan lebih berhemah kerana dalam pemerhatiannya ramai sebenarnya pengguna jalan raya yang terburu-buru dalam memandu mereka sendiri juga nyaris terlibat dengan beberapa kemalangan.
Program ini turut mempromosikan pelancongan di Malaysia seperti di Labuan selama 3 hari 2 malam Di Desa Tunas Hijau yg menyediakan aktiviti ATV,Mengelilingi Resort Bersama Tren dan bersantai bersama maskot Gorila dan Dinosaur.
Sambil menikmati keenakan masakan yang disediakan. yang tidak kurang hebatnya.
Selain itu, program ini turut melakukan kembara kemanusiaan yang menyantuni warga-warga Persatuan Cina Muslim dari Bintulu, Kota Kinabalu bersama MACMA Melaka, Encik Irwan lee Abdullah.
Kedatangan mereka mendapat sambutan khas oleh Persatuan Cina Muslim (MACMA).
Difahamkan jelajah Borneo ini melibatkan empat lokasi iaitu Sarawak, Sabah, Brunei dan Labuan. Motosikal Rasmi program ini turut ditaja oleh KTM Malaysia dalam kempen Misi Safe Ride, Go Green Borneo.
Majlis Pelancaran terdahulu dirasmi dan disokong oleh Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.