KUALA LUMPUR, 20 Februari 2023 – Qew Communications Sdn Bhd (QewComm) bakal menganjurkan satu konsert amal yang diberi nama “Qew Communications Sdn Bhd 10 Years Annivesary Gala Night X Charity Concert”.
Bersempena dengan genap 10 tahun penubuhan QewComm, konsert amal ini diadakan untuk mengumpul dana dan akan diserahkan kepada badan kebajikan yang telah dipilih.
Konsert gilang gemilang ini bakal diadakan di The Westin Hotel pada 17 Mac 2023 bermula pada jam 8 malam sehingga 11 malam.
Antara badan kebajikan yang telah dipilih seperti Yayasan Kebajikan Negara(YKN), Pertubuhan Kebajikan Niq Ehsan Malaysia (PKNEM), dan Persatuan Karyawan Malaysia (Solidariti for Iskansar Spring) atau lebih dikenali sebagai Karyawan.
Agenda utama adalah membantu golongan yang memerlukan, kata Datin Nor Rahizahwati.
Selain itu, Qewcomm juga menjanjikan gandingan artis yang mantap pada malam konsert tersebut antaranya Dato Khadijah Ibrahim, Datuk Ramli Sarip, Dato Awie, Dayang Nurfaizah, dan Ella.
Datin Nor Rahizahwati berkata, pasti ramai yang merindui gandingan Dato Khadijah dan Datuk Ramli untuk disatukan semula di atas satu pentas berprestasi ini.
Di samping itu, terdapat juga pemuzik yang mewakili ‘Solidariti for Iskandar Spring’ iaitu Syafiq Farhain, Ameng Spring, Umarul Iklim, dan Belle Fatah.
Mereka semua akan diiringi oleh pemuzik profesional tanah air iaitu ritz Metalasia, Helmi, Ude Wahid, Ujang Exist, Robot dan lain-lain.
Di samping itu, pada malam tersebut juga beberapa VVIP, menteri dan timbalan menteri turut dijemput untuk menghadiri majlis ini, antaranya ialah Dato Seri Hjh Nancy Hj Shukri (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), YB Tuan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (Menteri Komunikasi dan Digital), YB Tuan Nik Nazmi Nik Ahmad (Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim) dan YB Tuan Steven Sim CHEE Keong (Timb Menteri Kewangan II).
Sebahagian dari jemputan tersebut telah pun mengesahkan kehadiran mereka.
Akhir kata, Qewcomm berharap konsert ini bakal mendapat sambutan yang hangat.
QewComm berharap konsert ini bakal mendapat sambutan yang hangat. Hal ini dikatakan demikian kerana konsert yang dianjurkan ini merupakan satu konsert amal yang setiap pembeliannya akan disalurkan ke badan kebajikan yang telah dipilih.
Latar Belakang Syarikat
Qew Communications Sdn. Bhd merupakan syarikat SME di bawah anak syarikat Qew Group Berhad yang merupakan milik Bumiputera sepenuhnya dan telah beroperasi hampir 10 tahun. Syarikat Qew Communications Sdn. Bhd. mula ditubuhkan pada 6 Februari 2013. Penubuhan QewComm ini adalah berfokuskan kepada Pengurusan Majlis dan Multimedia Kreatif.
Di samping itu, QewComm juga bergiat aktif dalam bidang Penyiaran dan telah menerbitkan beberapa rancangan televisyen terutamanya dalam saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM). Selari dengan perkembangan dunia di hujung jari, kami telah meluaskan perkhidmatan di dalam bidang Telekomunikasi yang mana kami telah mendapat lesen penuh daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) iaitu ASP,NSP dan NFP.
Selain itu, QewComm juga menghasilakan kualiti kerja yang inovatif dan sentiasa menjalinkan hubungan yang baik sama ada dengan pelanggan tetap mahupun pelanggan baharu. Syarikat ini juga menyasarkan untuk sentiasa berdaya saing dan sentiasa mengekalkan posisi sebagai peneraju agensi komunikasi dan meluaskan lagi pasarannya ke peringkat antarabangsa.
Misi utama syarikat adalah untuk menjadi pusat sehenti kepada pelanggan untuk mendapatkan segala yang diinginkan seperti perancangan, konsep dalam sesuatu perkara, arah tuju, aspek teknikal dan pembangunan kreatif.
Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.qewcomm.com atau layari Facebook https://www.facebook.com/qewcomm
#qewcomm #konsert10th #artis #galanight2023 #suksesnews #news