KUALA LUMPUR – Kenyataan Kerajaan Madani/Perpaduan bahawa langkah pengenalan Identiti Digital Nasional (IDN) terutamanya untuk penyeragaman semua applikasi agensi Kerajaan yang sebelum ini mempunyai aplikasi proses “sign in” yang berbeza adalah satu langkah tergesa-gesa dan merbahaya kepada Rakyat dan Negara.

PRM amat bimbang dan tegas menolak perlaksanaan IDN tanpa kajian yang teliti boleh menyebabkan aspek keselamatan, aspek ketirisan & rasuah kos pembelian, integriti & rahsia data maklumat peribadi boleh bocor termasuk soal kebebasan peribadi terancam kerana kemungkinan besar pengenalan IDN boleh dimanipulasi dan dimonopoli oleh kuasa asing antarabangsa yang sudah memiliki industri maklumat, hak patent dan ‘ big data’ walaupun yang menyokong IDN demi pengurusan yang lebih cekap, kawalan ekonomi lebih teratur, untuk mencegah jenayah & terorism dan mudah untuk kerajaan mengutip cukai.

Ahmad Jufliz Faiza. Foto: Sinar Harian

PRM ingin mengulangi sekali lagi bahawa sejak berlakunya Pandemik Covid 19 termasuk isu pindaan IHR 2005 dan Triti WHO CA+, isu nyawa dan ekonomi Rakyat di samping keselamatan dan Kedaulatan Negara dari aspek polisi kesihatan Awam Negara makin jelas terancam dan kini kerajaan Madani terus mahu memperlaksanakan IDN yang berpotensi besar juga mengancam keselamatan dan Kedaulatan Negara dari aspek maklumat negara serta data peribadi.

PRM menegaskan bahawa kebimbangan ini bukan satu teori konspirasi tetapi satu fakta antarabangsa di mana satu badan antarabangsa yang dikenali sebagai Forum Ekonomi Dunia atau WEF jelas mahu supaya mewujudkan mandatori Biometric Digital Identiti merangkupi kawalan seluruh aspek kehidupan manusia dari aspek kesihatan, makanan hinggalah soal kewangan.

Apa Rakyat fikir, baca, dan kongsi juga akan dikawal. WEF juga sebelum ini bersama WHO dan IMF telah mencetus satu rampasan kuasa secara global dengan pengistiharaan Pandemik Covid 19 yang palsu melanggar hak asasi dan prinsip persetujuan termaklum/informed consent dalam penggunaan eksperimen vaksin yang tidak selamat & berkesan.

Penggunaan MySejahtera sebelum ini adalah bukti bagaimana aspek keselamatan dan integriti data peribadi telah di cerobohi & dikompromi.

PRM menggesa Pemerintah dan Kerajaan Madani jangan terburu-buru dan berhenti dalam melaksanakan IDN yang telah menimbulkan  kegelisahan dan kebimbangan  Rakyat termasuk masalah penipuan siber, isu wang yang hilang dalam bank melalui pemindahan digital dan isu “cyber attack” yang masih lagi kita  bebani dan gagal tangani.

PRM sedar penggunaan Artificial Intelligence, Al gorithm dan Blockchain dalam zaman teknologi maklumat adalah penting,tetapi jelas peranan syarikat-syarikat gergasi dunia yang mengawal media arus perdana dan medial sosial hari ini telah banyak di salah gunakan dalam menapis diskusi awam dan mengawal persepsi dan naratif Rakyat demi kepentingan peribadi mereka.

PRM juga sedar tujuan akhir IDN ini adalah untuk memastikan semua negara melaksanakan matawang digital yang dikawal oleh elit antarabangsa/Zionist Antarabangsa/Deep State melalui apa yang dipanggil Central Bank Digital Currency (CBDC)

 

Ahmad Jufliz bin Dato’ Faiza

Presiden Parti Rakyat Malaysia

29.11.2023

8.22 pagi

 

Guan-Eng-cadang-peruntukan-semua-ADUN-kerajaan-dinaik-kepada-RM800,000-setahun Previous post Guan Eng cadang peruntukan semua ADUN kerajaan dinaik kepada RM800,000 setahun
Next post Benarkah IMF dilantik sebagai konsultan sistem percukaian baharu negara?