KUALA LUMPUR – Pengeluar produk kesihatan, Totalife (M) Sdn Bhd yakin akan kemampuan untuk mencapai sasaran jualan sebanyak RM40 juta pada tahun 2024 berikutan kejayaan menembusi pasaran Sabah dan Sarawak pada tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Danny Chew memberitahu, dua negeri itu kini menjadi menjadi penyumbang utama apabila mencatatkan permintaan menggalakan dengan membantu jualan syarikat melebihi RM20 juta sehingga kini.
Malah Totalife turut merancang untuk mengembangkan pasaran ke negara Jepun dan Hong Kong selepas berjaya memasarkannya di Singapura, Taiwan dan Indonesia yang menyumbang kepada 40 peratus daripada jualan eksport.
“Kejayaan Totalife banyak dibantu oleh pasaran di Sabah dan Sarawak atas permintaan luar biasa. Dan atas sebab itu kami memilih pasaran yang tidak terlalu besar bagi membolehkan Syarikat memberi fokus kepada strategi perniagaan di sana.
“Nasihat saya untuk sesuatu produk itu berkembang dengan pantas, jangan memilih pasaran negara besar seperti Amerika Syarikat. Sebaliknya beralih kepada negara lebih kecil seperti Taiwan dan Jepun kerana promosi mulut ke mulut lebih cepat seperti apa yang berlaku di Sabah dan Sarawak yang mencatatkan jualan RM10 juta setahun,” katanya kepada media ketika Majlis Pengenalan Produk Baru dan Makan Malam Totalife, baru-baru ini.
Danny turut merangka perjalanan Totalife untuk terus kekal dalam industri kesihatan dan pelangsingan dengan pelancaran produk Baharu, ‘7Days Curve’ yang menawarkan ciri-ciri bioteknologi.
Beliau menjelaskan, produk sedia ada 7Days pula diberi penambahbaik dalam usaha memperkenalkan produk-produk bioteknologi yang eksklusif dalam usaha menggalakkan jualan dalam pasaran negara.
“Kami sedar permintaan ke atas produk langsing yang mengekalkan penurunan berat badan untuk tempoh lama semakin menjadi menjadi pilihan pengguna, apatah lagi kesedaran masyarakat terhadap kesihatan yang semakin meningkat.
“Objektif kami ialah membantu orang ramai untuk mengurangkan berat badan dan punya pertambahan otot, bukan untuk kurus.
“Justeru, produk bioteknologi diperkenalkan sebagai produk untuk pelangsingan yang selamat tanpa perlu berlapar. Malah selepas langsing dan berhenti menggunakan produk, pengguna masih boleh mengekalkan bentuk dan berat badan mereka,” katanya lagi.
Buat masa ini, Totalife mempunyai hampir 5,000 pengedar aktif di seluruh negara iaitu pertambahan sebanyak 50 peratus berbanding tahun lalu.