RUSIA, 26 Disember 2023 – Speaker Duma Rusia, Vyacheslav Volodin telah mengeluarkan kenyataan bahawa Amerika Syarikat (AS) kini telah kehilangan dominasi ekonomi mereka.

Kenyataan tersebut telah dikeluarkan oleh Volodin menerusi saluran Telegram beliau pada Ahad lalu.

Menurutnya, segala percubaan yang dilakukan AS menerusi “konflik-konflik ketenteraan, sekatan serta siri perangan perdagangan, penganjuran serangan-serangan pengganas serta kemusnahan ekonomi Eropah” sama sekali tidak memberi hasil yang diinginkan Washington.

Ahli Parlimen tertinggi Rusia itu menggelar dollar sebagai satu-satunya alat pengaruh AS yang tinggal. Walau bagaimanapun, banyak negara lain kini sudah meninggalkan penggunaan mata wang tersebut berikutan Washington telah menggunakannya sebagai senjata dalam “pertempuran politik”.

Vyacheslav-Volodin
Ahli Parlimen Tertinggi Rusia, Vyacheslav Volodin. Sumber Foto: duma.gov.ru

Beliau turut menambah bahawa Presiden AS, Joe Biden sedang menghalang “kelebihan terakhir” yang ada pada negaranya, kerana ancaman sedemikian tidak membina keyakinan sama ada dalam negara itu sendiri atau mata wangnya.

Trend global kini ke arah menggunakan mata wang negara dalam perdagangan dan bukannya dolar mula mendapat momentum tahun lepas, selepas sekatan berkaitan Ukraine memutuskan Rusia daripada sistem kewangan Barat dan membekukan rizab asingnya.

“Dalam usaha untuk menjamin keselamatan kewangan mereka, negara-negara lain kini lebih aktif meninggalkan dollar sebagai mata wang rizab dunia,” tulis Volodin dalam Telegramnya.

Dunia kini sudah bergerak ke arah menggunakan mata wang kebangsaan masing-masing dalam perniagaan mereka dan sudah mula membelakangi dollar.

“Di tengah-tengah sekatan menyeluruh ke atas Rusia yang telah terbukti tidak berkesan, AS mengancam secara histeria untuk memutuskan sambungan bank di seluruh dunia daripada sistem kewangan mereka kerana melanggarnya,” tambahnya lagi.

Moscow dengan ketara meningkatkan penggunaan mata wang negara dalam perdagangan asingnya tahun lepas, beralih dari Euro dan Dolar dalam urus niaga antarabangsa. Bahagian kedua-duanya dalam penyelesaian eksport Rusia jatuh daripada 96 peratus pada awal 2022 kepada 17 peratus pada September lalu, menurut bank pusat.

 

Sumber: Russia Today (RT)

 

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick Previous post Kuskop lahirkan 83,361 usahawan baharu seluruh negara sepanjang tahun 2023 – Ewon
Kiswah-Care-dan-PAWE-Kuala-Selangor-kongsi-ilmu-Pengurusa- Jenazah-di –Masjid-Raja-Lumu-Kuala-Selangor Next post Kiswah Care dan PAWE Kuala Selangor kongsi ilmu Pengurusan Jenazah di  Masjid Raja Lumu Kuala Selangor