KUALA LUMPUR, 24 November 2024 – Persatuan Wanita Antarabangsa Kuala Lumpur (IWAKL) buat pertama kali berjaya menganjurkan acara Fit Fest 2024 yang diadakan di Starxpo Centre, tingkat 15, Pusat Beli-belah Kenanga Whole Sale (KWS) Fashion Mall, Kuala Lumpur.

Acara inovatif anjuran bersama Anita Entertainment yang dirasmikan oleh Timbalan Presiden Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia, Profesor Datuk Azlie Halim itu telah mencapai kejayaan yang luar biasa apabila berjaya menarik kira-kira 700 peserta yang bersemangat menyertainya.

Acara ini bertujuan untuk memperkenalkan pelbagai gaya kecergasan tarian yang trend dalam dunia kecergasan sekarang, termasuk Zumba, Bollywood, KPop, FitHop, Piloxing, Mvibes, Pound, dan Poco Poco.
Persembahan menonjol dari Silat Gayung Fatani Malaysia dan kumpulan Rhythms Afrika dari komuniti Afrika antara yang menjadi sorotan pada acara tersebut, menampilkan kepelbagaian budaya yang kaya kepada aktiviti kecergasan ini.

Fit Fest 2024 terbukti sangat interaktif dan menarik, dengan kehadiran peserta yang aktif dalam sesi kecergasan tarian pelbagai gaya.
Acara tersebut menyaksikan kerjasama unik antara IWAKL dan Anita Entertainment yang menghimpunkan penunggang motosikal dari seluruh Malaysia dan juga melibatkan kerjasama gabungan pasukan pengawal peribadi (bodyguard) terdiri dari Pasukan Biru AFFA, Pasukan 1SPS dan Pasukan ALPHA.

Acara aktiviti kecergasan yang dihoskan oleh seorang penyampai radio terkenal, Jamal Jamaluddin itu turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti tempatan, termasuk Yanzen, yang bergabung dengan peserta Rozita Rohaizat dan lain-lain dalam petang yang penuh tenaga dan keseronokan.
Dengan penyertaan percuma, dan memberi hasil kutipan untuk disalurkan kepada golongan yang kurang berkemampuan dan dapat membantu ramai yang memerlukan.
FitFest 2024 telah menetapkan standard baru untuk acara kecergasan, membuktikan bahawa kecergasan dan filani dapat berjalan seiring, dan mengharapkan lebih banyak acara seperti ini yang boleh menghimpunkan komuniti untuk tujuan baik.
Turut hadir ialah Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia yang tidak berpencen serta ramai orang turut hadir memeriahkan suasana.

Sebagai kesimpulan, acara inovatif ini penting bagi mengeratkan silatulrahim antara warga yang hadir di samping dapat memberi kesedaran betapa pentingnya untuk hidup lebih sihat melalui pelbagai aktiviti tarian, zumba, Fitnes, dan aktiviti lain.
Pihak penganjur juga meletakkan sasaran agar program berkenaan dapat diteruskan lagi pada masa yang akan datang.

Penaja lokasi: StarXpo Centre, KWC Fashion Show Whosale Kuala Lumpur
PENAJA Motosikal Rasmi sempena ANITA CFMOTO BIKERS GATHERING: CFMOTO 750 cc, 450cc & 150cc
Penaja Minuman Rasmi: FN
Penaja Kerjasama Persembahan: Seni Silat Gayung Fatani Malaysia
Penaja Khas Bodyguard acara IWAKL Anita Bikers Gahtering: Gabungan AFFA Blue Team, 1SPS Team, Alpha Team
Tajaan Makanan: Best Nasi Ayam Penyet , KWC
Kerjasama Tajaan Barangan: Bekal Baru anak syarikat ADABI, Wardah, Zatie Beauty Home, FN, Anita Entertanment & Productions, Ayam Penyet Best Station.
Senarai yang menyertai Fit Fest 2024
- Gabungan Bikers Bersatu Perak
- Gabungan Melaka Group – GMB
- Anita Bikers
- Retro Bikers
- Queen Rempit Crew (QRC)
- Geng Dragon Rider (GDR)
- 7. Signora Racer Club (SRC)
- Geng Geng Rider (GGR Pahang)
- Killers Machine Crew (KMC)
- Troopers Motosport
- Troopers Motosport
- CRS Official
- BGP Team Ride
- Ranggi KL
- LADOS
- 16 Crew Community
- Melaka Motosport Club (MMC)
- Gabungan Predator Malaysia / G.B.M.
- Shouthern CBX
- CBX Group
- Rakan Bikers Perlis (RBPs)
- Bigbos MC
- Lilau Malaya
- RXZ General Club Malaysia
- XJ6 Klang Selangor Shah Alam
- Yamasitha Riderz Malaya
- Scorpion Bikers
- Racun MC
- Kamikaze Sailan 31. Legasi Bikers Malaysia
- Pertubuhan Kebajikan Penunggang Motorsikal Malaysia (WOC)
- Singapura Bikers & Families
- Hashim Betta
- Wak Muji Motocycle Classic
- Bengkel Moto Bersama
- Malaysia Army Bikerz
- Legasi Bikers
- GMBC
- Yong Peng Bikers