BIASA juga berlaku senario di mana usahawan menolak untuk ditemu ramah wartawan atas sebab hendak ‘low profile’ atau pun tak nak tonjolkan diri. Hal ini sudah tentu akan merugikan usahawan sebenarnya, bukannya wartawan.
Wartawan boleh cari usahawan lain untuk dapatkan ‘story’ tetapi peluang publisiti kepada usahawan tidak selalunya datang bergolek.
Penolakan itu berlaku disebabkan usahawan tidak mengetahui akan kepentingan berkongsi profil bisnes kepada media.

Berikut ada beberapa sebab penting yang usahawan kena tahu:
1. Meningkatkan kesedaran awam
Media membantu memperkenalkan bisnes kepada lebih ramai orang. Artikel atau liputan media mampu menarik perhatian pelanggan baharu yang mungkin tidak tahu tentang produk atau perkhidmatan anda sebelum ini.
2. Membina kredibiliti dan kepercayaan
Liputan di media memberikan imej profesional kepada bisnes anda. Apabila media menyiarkan kisah atau profil bisnes, ia memberi keyakinan kepada pelanggan bahawa perniagaan anda dipercayai dan relevan.
3. Meningkatkan reputasi jenama
Dengan berkongsi kisah kejayaan, nilai unik, atau inovasi, bisnes anda dapat menonjol dalam pasaran. Ini menjadikan jenama anda lebih dikenali dan diingati berbanding pesaing.
4. Membuka peluang rangkaian
Liputan media boleh menarik perhatian rakan kongsi, pelabur, atau peluang kerjasama lain. Dengan profil yang baik, ia memudahkan mencipta hubungan baharu yang strategik.
5. Strategi pemasaran kos efektif
Berbanding iklan berbayar, liputan media biasanya diberi secara percuma atau memerlukan kos yang lebih rendah. Ini menjadikannya strategi pemasaran yang lebih menjimatkan. Justeru, jika anda dihubungi wartawan untuk mendapatkan cerita tentang bisnes, jangan lepaskan peluang!
6. Menarik media buat ‘follow up story’
Wartawan atau editor memerlukan bahan untuk cipta ‘story’ yang menarik. Jadi, jika anda berkongsi cerita di satu media, ia berpotensi menjadi ‘follow up story’ untuk media lain menyiarkan cerita anda pada sudut (angle) yang berbeza.
Justeru, kongsi profil bisnes anda secara jelas, menarik, dan relevan supaya media dapat memaksimumkan impak positif kepada pengembangan perniagaan anda.
Sekiranya tidak mendapat tawaran liputan dari mana-mana media, usahawan kini boleh dapatkan perkhidmatan liputan media seperti yang disediakan oleh SUKSES NEWS. Usahawan boleh menghantar cerita ataupun profil bisnes untuk disiarkan di dalam portal media, suksesnews.com.
Kadar bayaran cuma RM0.42 sen sahaja sehari! Kongsikan bisnes anda kepada khalayak pembaca SUKSES NEWS. Bertindak sekarang dengan klik “Sevis Siar Berita” melalui Wasap.