PETALING JAYA, 15 Disember 2018 – QSR Trading Sdn Bhd (QSRT) melalui jenama Ayamas Kitchen baru-baru ini telah melancarkan pellaagai jenis produk Dim Sum halal sejuk beku yang lazat untuk memenuhi selera penggemar makanan tradisional Cina.

Ayamas Kitchen ini menawarkan 10 jenis Dim Sum dimana lima (5) jenis kini telah berada di pasaran iaitu Hakao Udang, Dim Sum Ayam & Udang, Dumpling Udang, Nasi Pulut Ayam Daun Teratai, dan Pek Kombo Dim Sum. Lain-lain termasuk Dim Sum Kari Ayam, Kek Lobak Bersama Udang Kering, Pau Ayam Barbeku, Tauhu Gulung Ayam & ikan, dan Dim Sum Udang.

“Produk Dim Sum sejuk beku ini memberikan kepuasan kepada mereka yang ingin menikmati hidangan ini tetapi tidak berkesempatan untuk menyediakannya dengan cara Konvensional. Selain hotel lima (5) Bintang, tidak banyak Restoran Halal yang menghidangkan dim sum Halal. Dim Sum Halal keluaran Ayamas Kitchen memudahkan mereka yang beragama Islam untuk menikmati hidangan ini di rumah,” kata Adi Wira Abd Razak, Ketua Pegawai Eksekutif QSR Brands (M) Holdings Bhd.

“Produk kami diperbuat daripada bahan-bahan segar dan dibungkus secara berkualiti dengan menggunakan teknologi dan peralatan terkini supaya para pelanggan kami dapat memastikan ianya 100% selamat untuk dinikmati. Produk ini disahkan halal Olen Majlis Agama Islam Singapura (MUIS), antara badan pensijilan yang diluluskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), ” tambahnya.

“Dim Sum keluaran Ayamas Kitchen amay mudah untuk  dinikmati. Pelbagai cara untuk menyediakannya, bergantung kepada jenis Dim Sum itu. Ia boleh dikukus, direbus, digoreng atau dipanaskan menggunakan ketuhar gelombang mikro. Untuk rasa yang terbaik, saya syorkan ianya dikukus secara tradisional. Dim Sum Ayamas Kitchen juga enak dicicah dengan Sos cili Ayamas dan Sos Hoisin jenama Life,” tambahnya lagi.

Lima (5) daripada sepuluh (10) jenis Dim Sum ini kini boleh didapati di Pasaraya Giant di seluruh negara iaitu Ayamas Kitchen Hakao Udang (160g) yang dijual pada harga RM13.39 sepaket, Ayamas Kitchen Dim Sum Ayam & Udang (160g) pada RM10.59 sepaket, Ayamas Kitchen Dumpling Udang (144g) pada RM11.29 sepaket, Ayamas Kitchen Nasi Pulut Ayam Daun Teratai (270g) pada RM11.99 sepaket dan Ayamas Kitchen Pek Kombo Dim Sum (160g) pada RM12.79 sepaket.

Ayamas Kitchen adalah salah satu (1) daripada jenama rak kedai keluaran QSRT yang telah wujud selama dua (2) tahun. Selain daripada produk Dim Sum sejuk beku, ia juga menghasilkan barangan dapur yang lain seperti Sardin & Makerel dalam Tin, Pes segera, Rempah-rempah & Perapan, dan Produk Siap-dimakan. QSRT juga merupakan pengedar produk beku berasaskan Ayam di bawah nama ‘Ayamas’ iaitu Golden Nuggets, Drumet Ayam bersalut, Ayam Goreng Crispy, Bebola Ayam, Quickburger dan Sosej Ayam Premium. QSRT juga memasarkan jenama pihak ketiga (3) seperti Divella, Lactima, dan Kewpie di pasaran tempatan dan dieksport ke luar Negara.

 

###

 

Tentang QSR Trading Sdn Bhd (QSR Trading)

QSR Trading Sdn Bhd adalah cabang pemasaran dan pengedaran QSR Brands (M) Holdings Bhd, penggerak di belakang restoran KFC, Pizza Hut di Malaysia. lt pasaran dan mengedarkan produk berasaskan ayam beku syarikat di bawah jenama “Ayamas” serta pelbagai jenama dalaman iaitu Golden Nuggets, Drummets Chicken Breaded dan Sayap Mid, Ayam Fried Renyah, Bebola Ayam, Quikhurger dan Ayam Premium Frankfurters. Ia juga telah memperluaskan produk-produknya berasaskan berasaskan ayam seperti Life Ayamas Kitchen, Fatboi, Amy and Bakers Street. Selain itu, syarikat itu terlibat dalam pemasaran dan penyingkiran Jenama pihak ketiga seperti Divella, tactima, dan Kewpie dalam negeri pasaran dan dieksport ke luar negara.

QSRT telah memenangi pelbagai anugerah dan pensijilan, seperti anugerah QUDAL (Quality MeDAL), sebagai pengiktirafan kepada Ayamas sebagai Jenama Terbaik dalam kategori Frankfurters berkualiti terbaik untuk 2016/2017 dan Anugerah Best Buy 2017/2018 untuk makanan bekunya.

Syarikat ini juga menerima Anugerah Kecemerlangan Usahawan Mewah Asia Pasifik dalam kategori Kecemerlangan Jenama, Produk Kecemerlangan, Kepimpinan dan Kualiti Perkhidmatan Kecemerlangan. QSRT tidak sabar-sabar untuk mengukuhkan kedudukan pasarannya secara serantau menerusi pengembangan pasaran eksport sambil memanfaatkan pengenalan produk baru dalam kategori Ready-To-Eat dan kategori stabil. Ia juga berbangga menyampaikan produk berkualiti dan perkhidmatan yang luar biasa, dan didedikasikan untuk mengekalkan dan meningkatkan kaliber semua jenamanya.

—–

Released By: Brands Communication, Marketing & Events, QSR Brands (M) Holdings Bhd.

Inquiries: Amelina Mohd Shah / Angeline Nadan

Tel: 03-7933 8874 / 03-7933 8618 / 019-7522 630

Email: amelina.mohdshah@qsrbrands.com.my

angeline.nadan@qsrbrands.com.my

Previous post Nikmati diskaun dan tawaran hebat apabila pembayaran dibuat melalui TOUCH ‘N GO Ewallet di Midvalley Megamall & The Gardens Mall
Next post ‘Lets Go RETAIL’ platform perluas produk usahawan bumiputera