Acapkali Hari Guru lazim dipotretkan media sambutan guru-guru sekolah menengah dan rendah di seluruh negara.

Sukar pula kita dengar penghargaan diberi kepada guru-guru taska, tadika KAFA (Kelas Al-Quran dan Fardu-Ain) mahupun swasta, walhal jasa mereka ini tidak kurang peri pentingnya dalam mendidik anak-anak bangsa pada awal usia mereka.

Orang berbudi kita berbahasa, atas kesedaran inilah satu majlis meraikan dan menghargai jasa pendidik guru taska tadika KAFA diadakan hujung tahun lalu.

Sejumlah 50 pengusaha taska tadika swasta berganding bahu bagi merealisasikan Anugerah Perdana Pendidik Awal Kanak-Kanak (APPAK) yang bertemakan A Night Of The Stars (ANOTS).

Datin Siti Zaleha Tahar (kanan)

Seramai 160 orang pendidik daripada 50 penguasaha tadika tempatan menerima anugerah pada malam itu yang diadakan di Bukit Jalil Gold & Country Resort.

Pelbagai kategori anugerah termasuk  tempoh perkhidmatan bermula dua tahun sehingga ada yang lebih 15 tahun.

Penyelaras Program Datin Siti Zaleha Tahar berkata ajk ANOTS mula membuat persiapan dan bermesyuarat sejak Ogos bagi menjayakan malam gemilang itu.

“Ikutkan program ini mahukan diadakan setiap tahun, tetapi pelbagai kekangan dan berlaku pula pendemik itulah terhalang.

“Apapun kami bersyukur majlis berjaya juga dianjurkan hujung Disember,” katanya.

Majlis diserikan dengan kehadiran Datuk Fazari Salleh (mantan Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat),

Datin Dr Rozbizah Abd  Aziz (Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan OKU JKM) dan Asiah Wahid selalu Pengarah Program. Tetamu dihiburkan dengan penyanyi Zur Eda Mokhtar dan Tun Nazierul Hilmy.

APPAK mula dianjurkan pada 2015 di Kuala Lumpur, 2016 (Melaka), 2017 (Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya) dan 2018 (Pusat Konvensyen Shah Alam).

Previous post Nikmati Buffet Ramadan “Dari Desa Ke Kota” di hotel Royal Signature
Next post Menara Kuala Lumpur disinari lampu hijau sebagai tanda masuknya waktu solat Maghrib dan Isyak