KUALA LUMPUR, 10 Mac – Bukan Dato’ M.Nasir jika karyanya tidak boleh diraikan sepanjang masa. Menggubah lagu balada, pop, rock, komersial, patriotisme ataupun raya, semua karya sentuhan magis M. Nasir akan menjadi kegemaran peminat dan meledak di pasaran. Semua karya beliau tidak pernah ‘mati’ dan sentiasa subur meski musim berganti.

Pada saat peminat masih belum ‘move on’ dengan dua siri Konsert CIPTA 1 & 2, M. Nasir, sifu seni tersohor negara ini kembali dengan sebuah lagi konsert.

Ya, anda tidak salah membaca atau silap mendengar. Dato’ M. Nasir sifu kerana kena dengan sebuah konsert di tahun 2025 ini.

Paling mengujakan, pemiliki nama sebenar Mohamad Nasir Mohamed Sam, 67, ini hadir dengan sebuah konsert yang tidak pernah dianjurkan secara mega sepanjang karier seninya.

Cipta Raya, sebuah konsert dengan tema mengangkat martabat lagu-lagu raya akan dianjurkan oleh Icon Entertainment pada 13 April 2025 di Zepp, Kuala Lumpur.

Sesuai namanya Cipta Raya, konsert ini akan dipenuhi lagu-lagu raya. Dan Cipta Raya ini khusus secara spin off oleh Icon Entertainment sebagai apresiasi dan membuktikan bahawa semua genre lagu boleh diraikan dalam skala konsert jika mempunyai konsep yang betul.

“Cipta Raya adalah sebuah spin off daripada konsert Cipta 2 M. Nasir yang diakhiri dengan lagu raya, Satu Hari Di Hari Raya yang mendapat sambutan dan menjadi tular berminggu-minggu pada tahun lalu.

“Dari situ timbul iiham untuk Icon Entertainment membuat spin off konsert yang pertama kali diadakan sebab biasanya konsep ini diguna pakai dalam filem.

“Namun melihat sambutan dan M.Nasir punya banyak karya raya sama ada nyanyian sendiri atau dicipta untuk penyanyi lain, kita fikir kenapa tidak anjurkan Cipta Raya? Cipta Raya ini juga yang dibuat dalam bulan raya sebagai sebuah keraian di Aidilfitri,” ujar Pengasas Icon Entertainment, Iman Tang.

Cipta Raya menurut Iman Tang lagi akan menyaksikan M. Nasir mempersembahkan sekitar 20 buah lagu dengan 17 daripadanya merupakan karya bersifat hari raya.

“Cipta Raya akan dipenuhi lagu raya bukannya la: popular M. Nasir. Maksudnya beliau akan mendendangkan lagu karya karya beliau da ‘uga lagu raya nyanyian penyanyi lain yang menjadi kegemaran beliau.

“Apakah judul lagu-lagu raya kegemaran M. Nasir an akan didendangkan pada Cipta Raya, 13 April 2025 ini, nantikan!” ujar Iman Tang lagi.

Tentu sahaja idea dan konsep yang diketengahkan Icon Entertainment disambut baik M. Nasir. Bagi sifu yang bukan sedikit pengalaman dalam industri muzik dan terlibat dengan pelbagai persembahan pentas atau konsert, Cipta Raya mempunyai keistimewaan tersendiri.

Menariknya setiap pembelian tiket bukan sahaj akses untuk menonton konsert tetapi pembeli juga juga dapat menjamu juadah raya belum konsert bermula. Seolah-olah sebuah Rumah Terbuka khusus buat para peminat M.Nasir. Menjamu selera sebelum bersama-sama menyanyi bersama-sama Dato’ di Cipta Raya kelak.

“Cipta Raya sebuah konsert yang sangat istimewa dan perlu diraikan seperti hari raya, hari kemenangan kita semua,” ujar Nasir.

PEMBELIAN TIKET:

www.ticket2u.com.my/MNasirCiptaRaya mulai 5 Mac 2025 (Rabu), jam 11:00 pagi.

Tiket kategori seperti berikut:

Sate dan kuah kacang (seatingNO Meet & Greet) – RM 558

Rendang dan Ketupat (standing) – RM 258

Lontong dan Kuah Kacang (seating) -RM 388

Lemang dan Serunding (standing with Meet & Greet) – RM 588

VIP Box (with Meet & Greet, F&B, Poster) – RM 10,000

Previous post 85% rakyat terpaksa bekerja sepanjang hayat
Next post Income Tax officials will be able to access your emails and Social Media accounts from April 2026