Tentang Kami

SUKSES News adalah portal media dalam talian yang menyiarkan berita serta maklumat berkaitan pencapaian kejayaan organisasi, perniagaan dan individu dalam pelbagai bidang di samping perkongsian berita selektif dari sumber tempatan dan luar negara.

Selain berperanan sebagai saluran untuk usahawan menyampaikan maklumat, SUKSES News turut menjadi platform penyiaran kenyatan media (press release) yang disediakan oleh mana-mana pihak sama ada dari agensi kerajaan, NGO, syarikat ataupun individu.

Menyorot sejarah kewujudan, SUKSES News berasal dari ruangan berita majalah SUKSES edisi bercetak (printed) yang sebelum ini diterbitkan secara berkala. Memandangkan berita dan kenyataan media yang dihantar menerusi emel tidak semua dapat disiarkan ke dalam majalah SUKSES disebabkan ruangan berita yang terhad, ia mencetuskan idea menerbitkan berita secara dalam talian.

Transformasi edisi cetakan ke media dalam talian ini selaras dengan perubahan gaya hidup masyarakat hari ini yang memperolehi berita melalui telefon pintar (smartphone) berbanding sebelum ini memperolehinya dengan menonton televisyen atau membeli akhbar dan majalah di kedai konvensional.

Melalui saluran berita maya, sebarang bentuk berita ataupun kenyataan media yang dihantar ke emel pengarang, notaeditor@gmail.com, dapat disiarkan tanpa batasan.

Sungguhpun SUKSES News diberi nafas baru, namun pasukan editorial dikendalikan oleh editor, wartawan, serta penulis yang pernah bersama majalah SUKSES sebelum ini. Penglibatan lebih 20 tahun dalam bidang media cetak menunjukkan bahawa pasukan kami memiliki kepakaran serta pengalaman luas yang digunakan bagi mengendalikan portal media SUKSES News.

SUKSES News dibangunkan oleh syarikat penyiar serta penulis kandungan berita, Sukses News Publication.