CALIFORNIA: Pengasas bersama yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Facebook, Mark Zuckerberg hari ini mengumumkan telah menukar nama korporat syarikat sosial media terbesar dunia itu kepada Meta sebagai sebahagian daripada penjenamaan semula.

“Kami adalah syarikat teknologi yang menghubungkan manusia. Dengan ini, kami dapat meletakkan pengguna sebagai teras teknologi kami dan bersama-sama kita dapat membuka kunci kepada dunia tanpa sepadan,” katanya dalam pengumuman tersebut.

Menurut Zuckerberg, pertukaran nama ini adalah disebabkan nama Facebook terlalu dikaitkan dengan satu produk. Dengan pertukaran nama ini maka syarikat gergasi tersebut dapat membuka cabang baru dalam dunia komunikasi.

“Nama Facebook juga tidak mencerminkan syarikat kami secara keseluruhannya dan apa yang kami mahu capai” Tambah beliau.

Pengumuman penukaran jenama turut dinyatakan di Twitter rasmi. Klik sini.

Beliau menjelaskan, Meta juga hadir dengan logo baharu, menggantikan logo “Like” ibu jarinya.

Jelasnya, Meta yang dipanggil ‘metaverse’ akan mencapai satu bilion orang dalam dekad akan datang dan menjadi tempat untuk semua berinteraksi, bekerja dan mencipta kandungan.

Menurutnya lagi, beliau sudah bercadang untuk menjenamakan semula syarikat itu sejak pembelian Instagram dan WhatsApp pada tahun 2012 dan 2014.

Maka melalui pengumuman ini, Mark Zuckerberg secara rasminya menjadi CEO Meta, dan tertubuhnya syarikat induk kepada platform media sosial besar termasuklah Facebook, Instagram, WhatsApp, Oculus dan sebagainya.

Pengasingan jenama antara syarikat dan laman sosial adalah perlu untuk tidak mengelirukan orang ramai lagi.

Sumber: wiser.my, independent.co.uk, cbsnews.com, apnews.com

Previous post MDEC tawar sehingga RM23,600 untuk gajikan rakyat Malaysia yang menganggur dalam sektor Pekerjaan Digital
Next post Dana global sulung PMB Investment sasar sehingga RM50 juta