Sea Ltd merupakan syarikat di sebalik Shopee dan Garena, memperlihatkan peningkatan saham yang positif dari hari ke hari. Selari dengannya, pengasas platform pembelian secara dalam talian terbesar itu, iaitu Forest Li Xiadong, kini disenaraikan menjadi manusia yang paling kaya di Singapura, menurut laporan Bloomberg.

Manakala di peringkat dunia pula, Forest Li tersenarai menjadi individu yang ke 98 terkaya dari senarai 500 terkaya di dunia berdasarkan laporan Bloomberg Billionaires Index.

Forest Li, telah lahir pada 1977 di China, dan kemudiannya berpindah ke Singapura. Mengikut data terkini, Li dikatakan mempunyai kekayaan bernilai $19.8 bilion.

Seperti ramai sedia maklum, Sea Ltd merupakan syarikat teknologi yang paling bernilai di rantau Asia Tenggara hari ini, dan memperlihatkan peningkatan harga saham yang tinggi sehingga 3,000 peratus – sekaligus membawa kepada nilai kekayaan yang tinggi untuk pengasasnya.

Shopee sendiri kini menerajui arena edagang, selain mereka turut mempunyai SeaMoney untuk tujuan kewangan digital, selain Garena yang meliputi penawaran permainan.

Di Malaysia sendiri, Shopee kini dilihat dalam perancangan untuk memperkenalkan Shopee Food, selain turut memfokuskan kepada penawaran ShopeePay.

Dengan perkembangan positif ini, tidak mustahil kita melihat nilai kekayaan Forest Li ini terus meningkat dari hari ke hari.

Menurut laporan Fortune pula, kejayaan Li adalah merupakan salah satu contoh bagaimana kekayaan jutawan teknologi meningkat naik di negara Asia.


Sumber: amanz.my
Kredit foto kaver: Sharvesh

Previous post Murid 10 tahun cipta jualan RM5,000 sebulan
Next post Bekas pengurus kedai telco kini raih pendapatan lima angka sebulan melalui perusahaan cili