Grant Cardone adalah seorang ikon yang dikenali ramai. Beliau telah membangunkan lima buah perniagaan dan memiliki kekayaan yang bernilai USD2.6 bilion.

Namun ramai yang tak tahu bahawa sebelum itu, beliau merupakan seorang yang sangat suka berhutang dan mempunyai masalah ketagihan dadah.

Setelah dinasihati ibunya, Grant Cardone telah berubah dan menyelamatkan dirinya daripada terjerumus ke lembah kehinaan yang lebih teruk lagi. Katanya kepada CNBC:

“Nasihat perniagaan terbaik yang pernah saya dapatkan adalah daripada ibu saya, yang tidak pernah berniaga.”

— Grant Cardone

Inspirasi Dan Motivasi

Tambah beliau lagi, “Pelaburan yang terbaik yang perlu dibuat adalah kepada diri sendiri. Ia akan sentiasa memberikan anda pulangan. Tidak ada yang boleh mengambilnya daripada anda dan ianya adalah milik anda”.

Berjuang untuk memenuhi keperluan pekerjaannya di sebuah syarikat penjual kereta, Grant Cardone sentiasa menerapkan nasihat ibunya dalam kehidupan. Walaupun beliau membenci pekerjaan itu, namun beliau memutuskan untuk memasukkan dirinya ke dalam pekerjaan tersebut sepenuhnya.

Beliau sering menonton video latihan jualan ketika mengambil sarapan, mendengar kaset peningkatan diri semasa menuju ke tempat bekerja dan sering menjadi pekerja pertama yang datang dan yang terakhir keluar pulang dari tempat kerja.

Cardone sentiasa komited untuk belajar semua yang diperlukan mengenai jualan dan industri automobil. Pada tahun pertama, beliau telah menghabiskan tujuh ratus jam untuk memperbaiki dirinya sebagai seorang jurujual.

Nak jadi kaya bukanlah mudah. Apatah lagi nak pegang title jutawan. Pasti banyak jatuh bangun yang terpaksa dihadapi. Tetapi ini bukan bererti ianya mustahil untuk dicapai. Foto majalah Labur

Tindakan Dan Usaha

Grant Cardone mula melihat hasilnya selepas itu, apabila telah menjana pendapatan daripada USD3,000 sebulan naik kepada USD6,000 sebulan.

“Saya masih mengingati lagi bahawa pendapatan sebanyak USD3,000 itu lebih bermakna kerana ianya lebih penting bagi diri saya.”

Perkara tersebut telah meningkatkan keyakinannya dan telah mengubah bagaimana beliau melihat potensi dirinya sendiri. Menjelang usia 30 tahun, Cardone telah berjaya mencatat sejuta pertama beliau.

Akhir kata, kunci untuk berjaya seperti Grant Cardone adalah dari sikap yang sentiasa berusaha dan terus belajar serta mempunyai keazaman yang tinggi untuk mengubah nasib diri sendiri.

Selain itu, nasihat daripada seorang ibu juga harus kita dengar dan ikut kerana ibu adalah insan yang melahirkan kita dan sangat mengenali kita.

Semoga kita semua belajar sesuatu daripada kisah inspirasi Grant Cardone ini.

Sumber Rujukan: Inc. via Majalah Labur

Kredit foto utama: Boss In Heels

Baca juga 29 Kata-Kata Bijak Grant Cardone di sini

Previous post High Court orders wife of Jakel Group’s Mohamad Nizam to pay a total of RM1.5m in exemplary damages to shareholders over ‘forced’ contracts
Next post Bayaran BKC dibuat tiga kali tahun ini