BZU BZU Malaysia menyumbangkan lebih daripada 75,000 pelitup muka perubatan kepada anak-
anak yatim dan kanak-kanak yang rentan untuk keselamatan dan kesihatan mereka
KUALA LUMPUR, 25 Mei 2021 – Dengan sekatan pergerakan akibat pandemik Covid-19, majoriti
rakyat Malaysia terpaksa memulakan rutin yang agak berbeza lalu menyesuaikan diri dengan norma
baharu. Salah satu perubahan gaya hidup yang paling ketara adalah penggunaan pelitup muka di
tempat awam termasuk kedai runcit, restoran, sekolah dan lain-lain dengan tujuan untuk
menghentikan penyebaran virus yang amat merisaukan ini. Walaupun pemakaian pelitup muka
diwajibkan dalam usaha kita menangani wabak Covid-19, penanggungan kos untuk mendapatkan
pelitup muka mungkin agak tinggi bagi sesetengah keluarga yang kurang mampu apa lagi untuk
mereka yang sedang mengalami masalah kewangan disebabkan kehilangan pekerjaan akibat
pandemik.

Oleh kerana itu, BZU BZU Malaysia, jenama barangan penjagaan keluarga, bermisi untuk
memastikan kanak-kanak, tanpa mengira latar belakang, dilindungi dalam keadaan yang selamat.
BZU BZU bertekad untuk meningkatkan kesejahteraan kana-kanak dan melindungi mereka dari
sebarang penyakit pernafasan dengan menyumbang lebih daripada 75,000 kepingan pelitup muka
perubatan kepada penghuni pelbagai organisasi termasuk The Salvation Army’s Children Home and
Boys’ Home di Ipoh, The Salvation Army’s Children Home di Penang, keluarga pelarian di Lembah
Klang, keluarga B40 di Melaka and Rumah Perlindungan Al-Nasuha.
Raphael Jiang, Ketua Pegawai Eksekutif BZU BZU Malaysia mengatakan bahawa melalui inisiatif ini,
mereka ingin memberitahu kanak-kanak ini bahawa mereka juga berhak mendapat peluang yang
adil dan tindakan afirmatif, dan mereka tidak sendirian di dunia ini dalam pertempuran wabak Covid-
19.
“Kanak-kanak terdiri daripada golongan rentan. Mereka mungkin tidak memahami situasi dunia
semasa dan mungkin terasa tidak berdaya. Sebagai warganegara, ia merupakan tanggungjawab kita
untuk melindungi golongan kanak-kanak dari bahaya dan menjaga keselamatan mereka. Dan
penjagaan kesihatan mereka merupakan titik permulaan yang paling sesuai untuk menjaminkan
kesejahteraan fizikal dan emosi mereka. Kami ingin memainkan peranan kami untuk memastikan
kanak-kanak kami sihat dan selamat untuk membolehkan mereka menikmati zaman kanak-kanak mereka seelok-eloknya. Bersama-sama, kita mampu kekal kuat dalam memerangi wabak ini,” kata
Encik Raphael Jiang.
Direka khas untuk kanak-kanak, Pelitup Muka Perubatan Kanak-Kanak BZU BZU adalah pelitup muka
bertaraf perubatan yang menawarkan perlindungan 3 lapisan terhadap bakteria, habuk, titisan dan
zarah mikro yang menyebabkan alergi sambil memberikan keselesaan yang sempurna dengan ciri
pernafasan yang mudah. BZU BZU Malaysia menyumbang pelitup muka ini dengan kerjasama The
Salvation Army, sebuah pertubuhan bukan untung yang membantu masyarakat kurang bernasib baik
di Malaysia tanpa diskriminasi dengan menyediakan kediaman untuk kanak-kanak dan warga emas,
perkhidmatan sokongan keluarga, penjagaan harian, pusat bantuan pelarian dan perkhidmatan
kecemasan bantuan pada waktu krisis. BZU BZU juga menyumbangkan pelitup muka untuk rumah
anak yatim dan rumah penjagaan lain yang menempatkan kanak-kanak rentan dan mereka yang
mungkin menghadapi masalah kewangan.
“Kami mengagumi organisasi-organisasi yang menyediakan tempat perlindungan bagi kanak-kanak
tanpa pertimbangan dengan menawarkan akses ke rawatan yang diperlukan untuk menjalani
kehidupan. Kami mahu memainkan peranan kami untuk menolong organisasi mereka dalam
melindungi golongan yang kurang bernasib baik – untuk melindungi dan menjaga kanak-kanak yang
dilupakan sebagaimana kita menjaga anak-anak kita sendiri,” kata Encik Raphael Jiang.
BZU BZU Malaysia sentiasa berusaha untuk menggalakkan kehidupan yang sihat untuk bayi, kanak-
kanak dan juga keluarga dengan menghasilkan rangkaian penjagaan diri untuk memastikan
kesihatan dan kesejahteraan seisi keluarga.
“BZU datangnya dari perkataan perancis “Bisou” yang bermaksud ciuman dan di dalam konteks ini, ia
diibaratkan ciuman seorang ibu buat anaknya. Kami mempercayai bahawa kanak-kanak wajib
menikmati detik-detik murni tak kiralah latar belakang masing-masing. Oleh itu, kami berharap
untuk berkongsi kebaikan dan kasih sayang kami kepada anak-anak yatim dan kanak-kanak yang
kurang bernasib baik melalui inisiatif ini. “
Pelitup Muka Perubatan Kanak-Kanak BZU BZU kini boleh didapati pada harga RM3.50 untuk satu
bungkusan di Watsons, Big Pharmacy, Multicare Pharmacy, Mega Kulim Pharmacy, Manjaku dan
gedung rasmi dalam talian melalui Shopee dan Lazada.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai BZU BZU Malaysia dan inisiatif ini, sila kunjungi:
Laman web: www.bzubzuglobal.com
Instagram: @BZUBZUMalaysia
Facebook: @BZUBZUMalaysia