BANJIR besar yang melanda negara kita menjadi mimpi ngeri kepada mangsa-mangsa banjir. Hujan lebat tanpa henti menyebabkan banyak rumah ditenggelami air, banyak kenderaan yang rosak dan tersadai, ramai yang terperangkap dan yang paling menyedihkan ada yang meninggal dunia.
Usaha membantu mangsa banjir digerakkan oleh ramai pihak dari agensi kerajaan, NGO, syarikat korporat, inisiatif individu dan ramai lagi yang membantu khususnya pasca banjir.
Yang menarik perhatian kali ini ialah inisiatif Magnet Team, kumpulan 12 orang sahabat akrab yang digerakkan oleh Puan Seri Nisa Bakri dan rakan-rakan iaitu PS Dato Zainab Kader, Dato Fatimah Abdul Hamid, Suzimah Hazish, Marina Kenis Tio, Alex Navanith, Sue, Fieda Khalid, Datin Aimi dan Maksu.
Magnet Team inisiatif 12 orang sahabat kelompok profesional ini telah menyediakan 300 pes makanan sedia dimasak untuk disumbangkan kepada mangsa-mangsa banjir.
Selain itu juga Magnet Team menyumbang dalam 250 bungkus nasi kandar dan nasi ayam kepada mangsa banjir sekitar Hulu Langat di samping menyumbangkan pakaian yang telah disusun mengikut saiz dan jantina kepada mangsa-mangsa banjir yang sangat memerlukan bantuan.
Tambah menarik apabila salah seorang Magnet Team ini iaitu PS Dato Zainab Kader yang telah pun berumur 75 tahun tetapi tetap aktif turun padang membantu memberikan sumbangan kepada mangsa banjir sekitar Hulu Langat dan menghantar sendiri bantuan makanan di masjid Hulu Langat.
Kegigihan PS Dato Zainab Kader dalam membantu mangsa banjir ini wajar dicontohi oleh semua khususnya anak muda Malaysia agar lebih aktif untuk turun padang membantu mangsa-mangsa banjir yang sedang menderita.
Magnet Team turut menyumbang pelbagai bantuan untuk mangsa banjir melalui pelbagai NGO disamping meneruskan usaha bantuan pasca banjir yang lebih mencabar.
Usaha Magnet Team ini wajar diteladani oleh masyarakat kita bagi mewujudkan lebih ramai lagi “Unsung Heroes” yang mengambil berat dan peduli terhadap kebajikan mereka yang berada dalam kesusahan seperti mangsa-mangsa banjir ini.
Orang ramai yang berminat bekerjasama membantu usaha murni ini bolehlah bersama-sama menyumbang melalui:-
CIMB Bank
8008336625
NJB Innari Sdn Bhd
Ref: NB Flood Donation