IJM Land membaikpulih rumah golongan yang kurang bernasib baik melalui Program Pemulihan Rumah (myHome) tahunan mereka sebelum ketibaan bulan Ramadan 

Seremban, 29 Mac 2022 – Dengan Ramadan yang semakin hampir, pemaju terkemuka Seremban 2, IJM Land Berhad tidak lupa untuk memeriahkan kehidupan golongan yang kurang benasib demi menyumbangkan kos pemulihan rumah Encik Hazizi, yang mempunyai enam ahli keluarga dengan rumah yang selamat dan selesa diduduki melalui Program Pemulihan Rumah (myHome) tahunan mereka – untuk mengalu-alukan sambutan Ramadan yang penuh bermakna di samping mendatangkan permulaan kehidupan yang lebih baik untuk keluarga Encik Hazizi. 

Setelah sedekad membina harapan dan memenuhi impian mereka yang memerlukan melalui program myHome, IJM Land tidak pernah gagal untuk membantu keluarga yang kurang berkemampuan walaupun di masa pandemik dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP). Pada tahun ini, IJM Land kembali lagi dengan penuh gigih untuk menyediakan persekitaran hidup yang selamat dan kondusif bagi mereka yang memerlukan. Bertepatan dengan komitmen mereka iaitu “Bringing Life to Ordinary Spaces”, IJM Land menghubungi Encik Hazizi, seorang bapa berusia 46 tahun (pekerja kilang am yang berpendapatan rendah) dan keluarganya untuk membaik pulih rumah mereka lalu meningkatkan kualiti hidup seisi keluarga. 

IJM Land representatives lead by Dato’ Hoo Kim See (standing fifth from left) together with Mr Hazizi and his family (standing left) during the handover ceremony of their newly refurbished home.
Previous post Jawapan KJ tidak meyakinkan, rakyat mungkin perlu pertimbang ‘uninstall’ MySejahtera
Next post 30 syarikat kulinari dan pelancongan tempatan lakar kejayaan di Anugerah ASEAN Food & Travel 2022