SUNGGUHPUN berhadapan dengan pelbagai kontroversi dengan kerajaan Amerika Syarikat, Ren Zhengfei selaku pengasas HUAWEI menjangkakan sebanyak 270 juta unit telefon pintar HUAWEI akan berjaya dijual untuk sepanjang tahun 2019.

Angka ini sekaligus menyaksikan 20 juta unit lebih tinggi berbanding angka yang diramalkan oleh penganalisa.

Huawei Business Group secara rasminya telah mengesahkan bahwa penjualan telefon pintar bagi tahun 2018 telah melepasi angka 200 juta unit. Foto Mobile Fokus.

Sebelum ini HUAWEI telahpun mengumumkan pencapaian kejayaan mencapai rekod jualan 200 juta unit telefon pintar sejak awal tahun 2019 yang lalu. Menariknya rekod jualan ini dikatakan 64 hari lebih awal berbanding rekod jualan untuk angka yang sama pada tahun 2018.

Kejayaan jualan yang sangat tinggi ini sebenarnya telah dibantu oleh permintaan telefon pintar HUAWEI di China yang tidak terkesan dengan isu sekatan perdagangan yang dihadapi oleh HUAWEI.

Perang Amerika Syarikat (AS) dengan Huawei membuatkan Presiden AS, Donald Trump mengumumkan pembekuan urusan dengan Huawei. Ekoran pengumuman tersebut, semua syarikat teknologi yang berkaitan termasuk Google diarahkan menamatkan urusan dengan Huawei.

Namun begitu, tekanan ekonomi dan hubungan dingin dengan AS tidak langsung memberikan impak besar kepada Huawei. Hal ini kerana mereka sudah memiliki peminat mereka tersendiri.

Menerusi Twitter rasmi Huawei menjelaskan: “Kami baru sahaja melebih angka 200 juta untuk shipment (telefon) pada 2019, 64 hari lebih awal daripada tahun lalu.”

“Terima kasih dan penghargaan kami kepada semua dan mereka yang memberikan sokongan, dan kami akan terus memperbaiki teknologi untuk semua.”

Siri HUAWEI Mate 30 merupakan model telefon pintar terbaharu yang diperkenallkan oleh HUAWEI. Foto teknoratz

Sumber: axello, teknoratz

Kredit foto utama: ejinsight

Indonesia Tiger Asia Yang Baru Previous post Indonesia Tiger Asia yang baharu?
Next post PUNB berjaya salur 75 peratus peruntukan kepada usahawan Bumiputera tahun 2019