KUALA LUMPUR, 18 April 2022 – Hijrah, krimer manisan pilihan utama rakyat Malaysia, akan bekerjasama dengan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Titipan Kasih, untuk kempen ‘Bermula Dari Hati’ yang bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai orang melakukan perbuatan baik walaupun dalam waktu yang sukar ini. Mereka berharap kerjasama ini akan memberi inspirasi kepada lebih ramai orang untuk beramal dan menjadi versi terbaik diri mereka, terutama pada bulan yang mulia ini.

Bagi umat Islam, Ramadan adalah masa untuk refleksi diri dan pertumbuhan rohani sambil kita mengeratkan silaturahim dengan ahli keluarga dan para sahabat. Namun, ada di kalangan kita yang mungkin tidak dapat menikmati bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini kerana terpaksa berhadapan dengan perubahan hidup yang kurang menyenangkan akibat pandemik sambil menyesuaikan diri dengan norma baharu. Hijrah menyedari keperluan untuk membuat perubahan dan juga untuk meredakan kebimbangan masyarakat, oleh itu, mereka bersedia untuk melakukan lebih daripada sekadar menyediakan krimer kegemaran rakyat Malaysia; mereka juga akan berbakti kembali kepada masyarakat melalui amal jariah. Hijrah berharap dapat berganding bahu dengan orang ramai untuk membantu golongan kurang berkemampuan lalu mendatangkan perubahan dalam kehidupan mereka.

“Walaupun negara kita kian kembali normal, ramai yang masih bergelut akibat wabak COVID-19. Hijrah menyedari kepentingan usaha daripada semua pihak untuk mengharungi pandemik ini dan oleh sebab itu, kami memutuskan untuk menganjurkan kempen ‘Bermula Dari Hati’. Kami berharap kempen ini akan mengingatkan rakyat Malaysia bahawa mereka tidak keseorangan dalam pertempuran ini. Kami menggalakkan rakyat Malaysia untuk menyertai kami dalam kempen ini sambil berusaha menjadi versi terbaik diri sendiri setiap hari,” kata Santharuban Thurai Sundaram, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Etika (Malaysia, Singapura dan Brunei).

Sempena bulan Ramadan kali ini, Hijrah dan Titipan Kasih akan menghubungi Ketua Kampung Kampung Rinching Hilir untuk mengagihkan sehingga 150 Kotak Rezeki khususnya kepada golongan anak yatim, ibu tunggal dan keluarga miskin.

Mr Mohd Zurairi Mustafa (middle, in blue), Senior Manager, Government Liaison of Etika distributing the Kotak Rezeki and cash donations for the poor families, orphans and single mothers of Kampung Rinching Hilir.


Selain itu, Hijrah dan Titipan Kasih akan menganjurkan rombongan membeli-belah untuk baju raya kanak-kanak yang terdiri daripada golongan kurang berkemampuan, dan pengagihan Kotak Rezeki dan sumbangan wang tunai kepada keluarga asnaf.

Di samping itu, majlis berbuka puasa bersama golongan kurang bernasib baik akan diadakan pada hari Sabtu, 16 April, dimana juadah berbuka puasa akan disediakan bersama-sama. Penyanyi popular, Siti Nordiana atau lebih dikenali sebagai Nana akan membuat kemunculan pada majlis berbuka puasa tersebut yang akan diadakan di Kampung Rinching Hilir di Kajang.

Marilah kita memulakan perjalanan untuk menjadi insan yang lebih mulia sambil menyambut bulan Ramadan dan sama-samalah kita berkongsi rezeki yang ada dengan golongan masyarakat yang memerlukan. Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai Hijrah, sila layari https://www.facebook.com/HijrahMY/.

 

Popular singer Siti Nordiana (left) made a surprise appearance at Kampung Rinching Hilir, Kajang to liven up the atmosphere during the Berbuka Puasa event.
Previous post Apa ‘Erti Lebaran’ buat Syamel pada tahun ini?
Next post Buka puasa with free flow Ikat Tepi at The Alley